Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ramai Kena Tipu, Bertentangan Dengan Akidah…. Sudah Tiba Masa Bomoh Dan Dukun Didakwa

Khairil Khusyairi
23/09/2024 04:55 MYT
Percaya kepada bomoh dan dukun bukan fenomena baru di Malaysia. Sebelum merdeka umat Islam sudah bergantung kepada kepercayaan syirik, tahayul, mistik dan tradisi kuno yang bertentangan dengan akidah Islam.

Kuatkuasa Undang-Undang


Sebagai langkah menutup pintu kerosakan, maka tindakan tegas perlu diambil untuk membendung amalan dan ritual perbomohan sama ada dari aspek penguatkuasaan atau pencegahan. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan.

Seksyen 415 dan 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi tindakan curang kesalahan menipu dan memperdayakan boleh digunakan untuk mencegah para bomoh dari terus menipu mangsa. Hukuman dan takzir yang lebih berat perlu dipertimbangkan bagi kesalahan yang melibatkan penipuan dan kecederaan.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan ketaasuban terhadap amalan tahyul dan syirik menyebabkan orang ramai rugi berjuta-juta ringgit setiap tahun gara-gara ditipu bomoh.

Mahkamah Syariah Ada Bidangkuasa

Dari sudut bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia, adalah jelas bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam.

Jika dirujuk kepada undang-undang sedia ada sebagai contoh Seksyen 3 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, yang memperuntukkan kesalahan bagi pemujaan salah, kita dapat lihat bahawa undang-undang mengenai amalan syirik sebenarnya sudah digubal namun masih terdapat kelompangan yang perlu ditambah baik.

Namun, jika amalan sihir digunakan sebagai cara untuk melakukan jenayah seperti rogol bagi memenuhi tuntutan ilmu hitamnya, maka, ia akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Begitu juga pengamal ilmu hitam yang menggunakan ilmu santau untuk membunuh, kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagi sesetengah pengamal ilmu hitam menggunakan ilmu pukau dan menjampi orang tengah untuk melakukan jenayah, pelaku boleh menimbulkan pembelaan hilang akal di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan bagi mengelakkan pensabitan pertuduhan.

Sudah tiba masanya undang-undang khusus sihir diwujudkan untuk menghukum sihir sebagai satu jenayah berat di Malaysia.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Sebut fasal bomoh, jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.

Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

ARTIKEL BERKAITAN: Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

#Mahkamah #Dukun #Bomoh #Undang-Undang #Didakwa #Don Dukun