Bekas pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei menarik perhatian ramai apabila memuat naik video yang menyaksikan dia sedang bermain badminton bersama anak-anaknya.

Namun apa yang lebih menarik, latihan badminton itu dilakukan hanya di dalam rumah susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Video berdurasi sekitar 20 saat itu dimuat naik menerusi satu posting di Instagramnya, baru-baru ini.

"Saya rasa pastinya keputusan yang sukar namun dalam pada masa amat baik untuk teruskan arahan PKP hingga 28 April.

"Semua kena bersedia fizikal dan mental. Lupakan kekecewaan itu semua, lihatlah dari sudut positif.

"Habiskan masa dengan keluarga dan ingat ramai lagi orang luar sana yang lebih susah daripada kita," katanya sebagai kapsyen.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata peminatnya memuji keadah yang digunakan Chong Wei.

Kebanyakannya turut mengambil inisiatif untuk menggunakan keadah senaman yang sama seperti dilakukan pemain lagenda itu.