Ramai Mahu Kemudahan Koc Wanita Dihapuskan?
Gempak
23/07/2024 13:55 MYT
23/07/2024 13:55 MYT
Seorang pengguna media sosial berpendapat, ramai pengguna perkhidmatan MRT terutamanya kaum lelaki tidak berpuas hati dengan kemudahan koc wanita yang disediakan menerusi pengangkutan awam tersebut.
Hapus Koc Wanita
Menerusi hantaran yang dibuat sebuah kumpulan di Facebook (FB), pemilik akaun tersebut turut mencadangkan agar kemudahan tersebut ditambah baik.
“Saya lihat ramai pengguna MRT yang tidak berpuas hati terutama lelaki mengenai koc wanita sahaja.

“Saya sokong sepenuhnya, mungkin perlu memperhalusi atau tambah baik perkhidmatan ini terutamanya pada waktu puncak atau rombak sepenuhnya oleh MRT Corp,” tulisnya dalam kumpulan tersebut.
Dalam pada itu, individu tersebut turut membuat undian dengan memberi jalan penyelesaian lain bagi mengatasi masalah tersebut.
Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan menghapuskan koc wanita tersebut kerana semua pengguna membayar tambang dan tiada keistimewaan.
Kedua, mengekalkan koc wanita tersebut namun perlunya khidmat polis bantuan agar memantau agar digunakan sepenuhnya.
Antara cadangan lain adalah dengan mengasingkan koc dengan dua koc wanita dan dua koc untuk pengguna lelaki.
Berdasarkan pemerhatian, rata-rata pengguna media sosial memilih dengan mengundi cadangan agar koc wanita tersebut perlu dihapuskan.
Untuk info, koc wanita telah diperkenalkan di dalam tren MRT yang bertujuan untuk memberi keselesaan dan meningkatkan keselamatan khas bagi golongan wanita.
Terdahulu, tular sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warganegara Singapura berang apabila diminta untuk beredar dari koc wanita.
Dalam rakaman yang tular itu, lelaki tersebut dilihat bertikam lidah seperti meminta pengguna wanita tersebut diam.
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Bukan Islam, Lelaki Ini Disuruh Tukar Tempat Duduk Dalam MRT - "Lepas Tu Cakap ..."
Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan menghapuskan koc wanita tersebut kerana semua pengguna membayar tambang dan tiada keistimewaan.
Kedua, mengekalkan koc wanita tersebut namun perlunya khidmat polis bantuan agar memantau agar digunakan sepenuhnya.
Antara cadangan lain adalah dengan mengasingkan koc dengan dua koc wanita dan dua koc untuk pengguna lelaki.
Berdasarkan pemerhatian, rata-rata pengguna media sosial memilih dengan mengundi cadangan agar koc wanita tersebut perlu dihapuskan.
Untuk info, koc wanita telah diperkenalkan di dalam tren MRT yang bertujuan untuk memberi keselesaan dan meningkatkan keselamatan khas bagi golongan wanita.
Terdahulu, tular sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warganegara Singapura berang apabila diminta untuk beredar dari koc wanita.
Dalam rakaman yang tular itu, lelaki tersebut dilihat bertikam lidah seperti meminta pengguna wanita tersebut diam.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 4 Tahun Poster Filem Mulan Sudah Diturunkan, Netizen - “Lepas Viral Baru Jalan”
ARTIKEL BERKAITAN: Iklan 4 Tahun Lalu Masih Melekat Di Stesen MRT, RapidKL Beri ResponsARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Bukan Islam, Lelaki Ini Disuruh Tukar Tempat Duduk Dalam MRT - "Lepas Tu Cakap ..."