Selepas bersiaran selama 7 episod, drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan tayangan Slot MegaDrama di Astro Ria mula menjadi perbualan warganet.
Lebih-lebih lagi watak Ikram yang dipegang Adlin Aman Ramlie, seorang arkitek yang mengahwini Manis (Mira Filzah) kerana aturan keluarga.
Rata-rata meluahkan rasa ‘benci’ terhadap Ikram menerusi rungan komen di laman sosial Instagram(IG) Adlin dan Mira Filzah.
Bagaimanapun penampilan Adlin dipuji warganet kerana lakonan berkualiti ditampilkan, nampak bersahaja.
“Ni yang tak suka ni kahwin bukan untuk apa buat kuli kat isteri pulak! Tapi suka watak Adlin simple je, tak nampak kaku…Berlakon tapi nampak macam betul-betul,” komen seorang pengikut.
“Tambah-tambah meluat tengok si Ikram ni! Padan dengan si Manis pon..Beria berjanji bagai dengan si Yusuf, akhirnya Ikram yang dipilih...Tak sabar nak tengok episode malam ni pulak,” tulis seorang lagi.
“Dh mula menyirap tengok Ikram ni. Kurang ajar dengan mak, lepas tu buat isteri macam kuli! Part dengan anak tu sayang semacam je...Hish! Macam manalah reaksi nenek Manis kalau tau si Ikram macam ni? (berlakon dgn mak sendiri pulak tu),” ulas seorang penonton.
Drama bersiri arahan Rashid Sibir ini turut dibintangi Zul Ariffin, Zarina Zainuddin, Dian P.Ramlee, Ruminah Sidek dan Ruzaidi Abdul Rahman.
Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Ogos 2020 menggantikan Pelindung Seorang Puteri 1.
Bidadari Kiriman Tuhan mengisahkan tentang Manis seorang guru tadika yang berusia 25 tahun, memiliki kembar seiras Manja, yang agak lembam.
Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul Manis.
Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah bernama Yusuf dan akibatnya hubungannya dengan Manja mula tergugat.
Konflik bermula apabila Manis berkahwin dengan Ikram duda yang memiliki seorang anak, kerana aturan keluarga. Apakah yang berlaku seterusnya?
Saksikan drama bersiri 26 episod ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam di Astro Ria.
Fiza Kamarudin
Thu Sep 03 2020
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.