Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ramai Minta Jadi Mami Jarum Live Di TikTok, Kartina Aziz Pula Segan - “Saya Rasa Di Usia Begini Kurang Sesuai”

Mya Amri
05/08/2024 02:55 MYT
Pelakon vateran, Kartina Aziz terharu dan tidak menyangka masih ramai lagi yang mengingati karakter ikoniknya dalam filem popular Mami Jarum.

Karakter Mami Jarum masih diingati

Menurut Kartina, ada diantara peminat yang memintanya untuk melakukan karakter Mami Jarum dalam siaran langsung di platform TikTok.

“Ada juga yang minta saya buat karakter Mami Jarum masa live di TikTok dahulu, tetapi saya rasa ramai yang buat parodi pun lebih bagus daripada saya,” katanya ketika ditemui Gempak.

Segan untuk jadi Mami Jarum di TikTok

Bagaimanapun kata Kartina, dia merasakan kurang sesuai untuk dirinya melakukan perkara itu memandangkan usianya juga sudah mencecah 69 tahun.

“Saya ada akaun TikTok tapi tak aktif sebab saya susah nak beri tumpuan. Pada saya kalau sudah buat benda tu, kita nak kena beri komitmen pada konten. Saya khuatir tak terbuat kerja lain nanti.

“Saya juga merasakan di usia yang sebegini agak kurang sesuai untuk saya buat begitu. Umur seperti saya nak bersaing dengan yang comel-comel, rasanya tak apalah kita jadi penonton sahajalah,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Adira Salahudi Dedah Individu Dengki & Perangai Toksik - “Jangan Cabar Orang Yang Bersabar, Datang Depan Aku Kalau Kau Ada Masalah”

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Sakit Kaki, Halim Radzi Sanggup Tukar Kasut Pakai Heels Dalam Mall! Netizen Puji - “Untungnya Dapat Suami Sporting”

ARTIKEL BERKAITAN:Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”


ARTIKEL BERKAITAN:Kalut Buat Live TikTok, Peniaga Telur Itik Cemas Tudung Terbelit Dalam Mesin - "Saya Masih Trauma!"


Terdahulu, Kartina cukup terkenal dengan gandingannya bersama pelakoan Rita Rudaini menerusi filem Mami Jarum.

Sehingga kini, watak ikonik itu masih lagi menjadi sebutan dan tular di media sosial selain ramai melakukan parodi.

#TikTok #Karakter #Mami Jarum #Kartina Aziz