,
Hiburan

Adira Salahudi Dedah Individu Dengki & Perangai Toksik - “Jangan Cabar Orang Yang Bersabar, Datang Depan Aku Kalau Kau Ada Masalah”

Mya Amri
30/07/2024
21:55 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Adira Salahudi meluahkan rasa terkilan dengan individu yang menyimpan hasrat dengki terhadap diri dan keluarganya.

Malas layan orang toksik & hasad dengki

Adira meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Insta Story miliknya.
Menurut Adira, dia terpaksa mendedahkan perkara itu kerana sudah lama bersabar dengan fitnah yang dilakukan oleh individu tersebut.
“Sebab dah lama diam dan macam-macam dengar dari mulut orang sekeliling. Tapi saya diam sebab saya rasa malas nak layan orang sejenis toksik.
“Mungkin ni jadi post pertama dan terakhir untuk dia. Sebab bagi Adira, dia bukan siapa siapa dalam hidup saya dan tak penting untuk saya melayan.

“Cukup cukup la bergaduh dengan bayang bayang sendiri ya. Jangan busuk hati dengan kehidupan orang,” luahnya.

Mula perniagaan dengan hasil titik peluh sendiri

Dalam pada itu, Adira juga menjelaskan dia mencari rezeki dengan hasil titik peluh sendiri termasuklah mengeluarkan modal dengan menggunakan wang simpanan sendiri.
“Kita ni sama sama berniaga cari rezeki untuk keluarga. Mulalah kehidupan dengan niat yang betul. Berniaga bukan untuk bersaing siapa lagi hebat.
“Allah ni dah tetapkan rezeki untuk kita. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Dan saya mula pun semuanya dari bawah.

“Saya bukan mengemis funder dari sesiapa. Saya guna modal yang selama ni saya simpan, bermula dari buat model.

“Jangan curious dengan saya, jangan persoalkan siapa disebalik bisnes saya. Nobody! Hanya doa aku kepada Allah, hanya kudrat yang aku usahakan, serta tulang belakang dan support dari suami dan keluarga aku!” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Termuat Naik Gambar Free Hair, Adira Salahudi Mohon Maaf - "Sesiapa Tengok, Jangan Sebarkan"

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Bersihkan Nama, Andika Putera Buat Presentation Guna Whiteboard Jelaskan Isu Curang - "Ini Adalah Cara Untuk..."

ARTIKEL BERKAITAN:Elcah Maafkan Suami & Penyondol - “Saya Tahu Saya Isteri Yang Lurus Bendul…”

ARTIKELBERKAITAN:Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”

ARTIKEL BERKAITAN:"Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

Jangan cabar kesabaran

Menerusi hantaran yang sama, Adira memberi amaran terhadap individu terbabit supaya jangan mencabar tahap kesabaran dirinya.

“Aku tak pernah sesekali kacau hidup kau. Kau siapa untuk rasa diri kau bagus? Kau bukan Nabi untuk aku buat rujukan.

“Jangan perasan dan jangan busuk hati dengan orang. Orang busuk hati ni Allah tunjuk terus. Tengok lah sekeliling hidup kau.

“Mostly orang orang yang dekat dengan kau, kau nak bergaduh, semua orang kau nak buat bermasalah. Seolah kau je betul.
“Ingat ya, bukan kau sorang ada baran dan perasaan marah. Jangan cabar orang yang bersabar. Mari datang berdepan dengan aku kalau kau ada masalah.
“Bukan kau sorang yang penat, aku pun sama. Jadi cukup cukuplah. Aku bukan pesaing kau, kau takkan dapat jadi aku, dan aku taknak jadi kau. Grow up,” tulisnya.
Berikut merupakan tangkap layar penuh pendedahan Adira:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dekat Set Main TikTok, Sampai Tak Hafal Dialog” - Lana Nodin Rimas, Beri Teguran Pada Pelakon BBNU

gempak
18/11/2024
05:55 MYT
Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelakon yang digelar Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) di set penggambaran.
Filem

Peminat Malaysia, Indonesia Tak Sabar Untuk Tonton Dongeng Sang Kancil - "Ini Tayangannya Di Malaysia Sahaja Atau Di Indo Juga"

gempak
18/11/2024
05:17 MYT
Baru sahaja tengok tayangan trailer, namun peminat sudah tidak sabar untuk saksikan filem animasi, Dongeng Sang Kancil.
Hiburan

“Bestnya! Macam Pakcik-Pakcik Chinese Ajak Menyembang” - Netizen Seronok Dengar, Kagum Nubhan Fasih Berbahasa Cina

gempak
13/11/2024
12:55 MYT
Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Nubhan Ahmad mendapat perhatian netizen selepas bertutur dalam bahasa cina.
Hiburan

Aura Ina Naim Menyerlah, 22,000 Tonton Pasangan Pengantin Baharu

gempak
13/11/2024
06:25 MYT
Aura pengantin baharu, Ina Naim semakin menyerlah apabila buat pertama kalinya melakukan penstriman langsung bersama suami sehinggakan mencapai lebih 22,900 tontonan semasa.
Laman Utama

Kak KM Tak Pernah Perlekehkan Suami, Jaga Hubungan Rumah Tangga - "Kena Banyak Bersabar, Kekalkan Spark Macam Zaman Bercinta"

gempak
15/10/2024
11:55 MYT
Usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM yang tidak pernah lekang dengan kontroversi akui perjalanan rumah tangganya yang kini berusia 22 tahun bukan satu perkara mudah untuk dipertahankan.
Unitar