HIBURAN
Ramai ‘Pelajar’ Gagal Tiru Resepi, Khairul Aming Ajar Semula Cara Masak Secara Live - “Tak Pernah Ada Kelas Tambahan…”
Gara-gara ramai yang gagal meniru resipi masakannya, pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming tampil berkongsi semula resepi menu masakannya.
Buat 'kelas tambahan'
Menerusi sesi siaran langsung, figura yang terkenal dengan ‘tagline’ hey what’s up guys ini menunjukkan sekali lagi cara-cara memasak ‘Crispy Thai Pancake’ secara teliti sambil membaca komen daripada warganet.
undefined
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Khairul Aming yang bersungguh mahu memastikan resepi masakannya difahami orang ramai.
Malah, ada juga yang menggelarkan sesi siaran langsung tersebut sebagai ‘kelas tambahan’ buat warganet yang gagal menjayakan resepi tersebut.
“Bersungguh dia ni nak bagi orang faham.
“Tak pernah ada kelas tambahan.
“Pensyarah bertanggungjawab. siap buat kelas tambahan buat pelajar yang gagal,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, ramai peminat yang berkongsi pengalaman lucu mereka yang gagal mengikut resepi Khairul Aming sempena 30 hari 30 resepi Ramadan.
Menerusi perkongsian di media sosial, ada yang memuat naik hasil masakan yang jauh berbeza daripada apa yang ditunjukkan oleh Khairul Aming.