Ramai Puji Mekap Pengantin Dahlia Rizal Cantik, Rupanya Ada Satu Step Sengaja Ditinggalkan…
Izwan Isa
12/09/2023 12:50 MYT
12/09/2023 12:50 MYT
Pasangan pempengaruh popular, Dahliah Rizal dan Imran Aqil selamat melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.
Dalam majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan namun, nilai wang hantaran dirahsiakan.
Majlis itu difahamkan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan pengantin.
Selain kisah hubungan cinta dua sejoli ini, mata netizen turut tertumpu pada gaya solekan Dahlia ketika majlis berkenaan.
Ramai yang berpendapat solekan yang dikenakan Dahlia begitu cantik dan sesuai dengan statusnya pada waktu itu sebagai raja sehari.
Rupanya, solekan Dahlia pada majlis berkenaan tidak menggunakan foundation sebagai pelengkap rutin yang biasa digunakan oleh semua orang.
Hal tersebut disahkan oleh Dahlia sendiri menerusi hantaran yang diulang siar di Instagram Story.
“Ya, saya tidak menggunakan sebarang foundation. Hanya skintint Chanel yang viral tu,” tulisnya ringkas.
BACA: Kongsi Foto Genggaman Tangan, Imran Aqil & Dahlia Rizal Selamat Bernikah