Laman Utama
Kongsi Foto Genggaman Tangan, Imran Aqil & Dahlia Rizal Selamat Bernikah
Dengan sekali lafaz, pelakon Imran Aqil telah selamat bergelar suami kepada pempengaruh, Dahlia Rizal pada Sabtu.
Dalam majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan namun, nilai wang hantaran dirahsiakan.
Majlis itu difahamkan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan pengantin.
Pasangan itu mengulangsiar beberapa hantaran di Instagram Stories selain berkongsi foto genggaman tangan bersama-sama selepas selamat dinikahkan malam tadi.
Terdahulu, Imran dan Dahlia telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.
Di media sosial, peminat pasangan itu turut berkongsi rasa gembira melihat kedua-duanya akhirnya bersatu sebagai pasangan suami isteri.
"OMG, finally dah kahwin pun mereka berdua.
"Alhamdulillah. Tamat zaman bujang. Harap Dahlia jadi isteri solehah dan selalu hiburkan kami peminat awak.
"Wah, lawanya Dahlia Rizal," ciap beberapa pengguna di laman sosial X.
Kredit foto: @_azizulazman, candidpicturesstudio, Dahlia Rizal, Imran Aqil, X
Must-Watch Video