"Ramai Sangat Anak Zaman Sekarang Geli Dengan Mak & Ayah Sendiri" - Abby Abadi

Rozaimi Zubaidi
Ogos 24, 2018 03:23 MYT
Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi meluahkan rasa kesal apabila ada sebilangan anak-anak yang geli untuk bersalaman dengan ibu dan ayah masing-masing.
Menurut entri di Instagram (IG), Abby mengakui dia tidak heran apabila ada ibu bapa yang sering diabaikan oleh anak-anak apabila mereka sudah tua dan sakit.
"Alhamdullillah, singgah jenguk Mak dan Ayah. Belikan makan. Mandikan & basuh uk uk Ayah tadi dgn suami.
"Saja share sebab ramai sangat anak-anak zaman sekarang yang geli dengan Mak dan Ayah sendiri.
"Nak salam pun taknak, yang tak heranpun nak jaga masa Mak dan Ayah sakit jangan cakaplah, berlambak.
"Harap Anak-anak Mama nanti tak macam tu ye. Semoga apa yang Mama dan Abah buat jadi contoh untuk anak-anak untuk masa akan datang," tulisnya.
Rata-rata mengakui bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Abby dan berharap agar lebih ramai ibu bapa dapat memberi contoh serta didikkan yang baik kepada anak-anak mereka.
#pelakon #Penyanyi #Abby Abadi #Pelakon #Penyanyi