Laman Utama

Ramai Sayang Aryan! Shah Rukh Khan Korbankan Bodyguard Sendiri, Juhi Chawla Tanam 500 Batang Pokok

Amri Hassan
15/11/2021
15:20 MYT
Kasih sayang yang tak bertepi buat seisi keluarga superstar Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan selepas pembebasan anak sulungnya Aryan Khan dari penjara.
Shah Rukh sendiri, selain menangguhkan semua projek demi anak tersayang, khabar terbaharu melaporkan pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu terpaksa mengorbankan pengawal peribadinya, Ravi Singh buat Aryan.
Langkah itu dibuat ekoran tiada individu lain yang layak dan serasi untuk menjaga Aryan apabila Shah Rukh kembali bekerja tidak lama lagi. Ravi juga merupakan individu yang dikenali dan selesa bersama dengan Aryan.
Lagipun kata Shah Rukh, anaknya yang kini menjadi lebih pendiam dan antisosial berikutan trauma ditahan di penjara turut sukar untuk menerima kehadiran pengawal peribadi baharu.
Sementara itu, rakan baik Shah Rukh, Juhi Chawla pula mengambil inisiatif untuk menanam 500 batang pokok sebagai tanda soladiriti buat Aryan.
Sempena hari jadi Aryan ke-24 pada 12 November lalu, Juhi berkongsi perkara terbabit di Twitter bersama foto throwback Aryan, Suhana Khan dan anaknya, Jahnavi Mehta.
"Selamat hari jadi Aryan! Doa kami sentiasa bersama kamu setiap masa, semoga sentiasa dirahmati, dilindungi dan dibimbing Tuhan.
"500 batang pokok ditanam dengan nama kamu. Salam sayang dari Jay, Juhi, Jahnavi dan Arjun," tulis Juhi.
Aryan dibebaskan dengan jaminan pada 28 Oktover lalu selepas hampir sebulan ditahan di penjara Mumbai ekoran terkait dengan kes dadah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.