Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Ramai Sayang Hang Tau" - Ini Ucapan Sharnaaz Ahmad Pada Jebat Jayden

Rozaimi Zubaidi 01/07/2019 | 06:57 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad mendedikasikan ucapan khas sempena usia anaknya, Jebat Jayden Ahmad yang sudah menginjak ke 10 bulan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sharnaaz berkongsi ucapan serta gambar bersama isteri bersama-sama anaknya.
"Hari ni anak baba dah 10 bulan. Baba dan mummy sayang hang sangat. Semoga jadi anak yang baik.
"Ramai sayang hang tau, membesar jadi manusia yang berguna pada masyarakat na sayang baba @jebatjayden," tulisnya.

Hari ni anak baba dah 10month.. baba and mummy sayang hang sgt.. semoga jadi anak yg baik.. ramai syg hang tau .. membesar jadi manusia yg berguna pada masyarakat na syg baba.. @jebatjayden

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum menyaksikan kebahagiaan keluarga ini dan mendoakan agar mereka diberikan kesihatan yang baik.
"@shiera_sisterbeauty.glenmarie: Happy 10 months Jebat. Comel sokmo. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik."
"@mazniman81: Comel geram tengok dia senyum. Semoga keluarga ini diberikan kebahagiaan selama-lamanya."
"@trisya_yati:Pagi-pagi aunty buka ig muka si comel nih, semoga baby Jebat sihat dan menjadi anak yang baik penyejuk hati baba dan mummy ye."
"@rfeeda_ali:Buka jer ig. Gambar sicomel ni terpampang. Aduhai, awak ni kebape comel sangat. Semuga @jebatjayden dirahmati Allah."
Sharnaaz dan kakak kepada pelakon Neelofa itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos tahun lalu.
#pelakon #Sharnaaz Ahmad #Pelakon #Jebat Jayden
;