Umum mengetahui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung sejak 13 Januari lalu tidak membenarkan sebarang majlis keramaian diadakan.

Di laman sosial Twitter, tular ciapan seorang pengguna yang mempersoalkan tindakan seorang anak selebriti mengadakan majlis pertunangan pada minggu lalu.

“Kenapa ada anak artis buat majlis tunang? Bukan SOP PKP tak boleh buat majlis pertunangan ke?

“Sorry sis bitter sebab berapa ramai orang terpaksa cancel majlis merisik dan tunang sebab PKP, tapi artis elok je buat, siap upload Instagram lagi.

“Ramai kot terpaksa tangguh berkali kali majlis merisik tunang, ada yang tak tunang terus kahwin sebab nak patuh SOP PKP, kalau langgar kena saman.

“Tapi tu la, yang ni semua rakyat biasa la. Untuk artis SOP lain kot,” ujarnya menerusi bebenang ciapan.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) PKP pada tahun ini, sebarang acara sosial seperti perayaan, majlis perkahwinan dan pertunangan, kenduri, acara keagamaan, ulang tahun dan perjumpaan adalah tidak dibenarkan.



Berbeza dengan majlis pernikahan, ada beberapa negeri yang melonggarkan syarat SOP dengan pelaksanaan majlis akad nikah adalah secara virtual atau kebenaran bernikah hanya di Pejabat Agama Islam Daerah sahaja.

Malah sewaktu pelaksanaan PKP tahun lalu, ada selebriti yang mengikat tali pertunangan secara dalam talian sebagai langkah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang meluah rasa kecewa, keliru dan ketidakpuasan hati mereka kerana ada yang terpaksa menunda majlis pertunangan gara-gara PKP.

Sis cancel majlis tunang 16/1 sebab PKP 13/1, tiber sekarang tengok ramai pulak suka hati je buat majlis walaupun setakat family, mak mak sedara, kawan rapat je datang but still,” tulis seorang wargamaya.

My engagement should be next week, tapi terpaksa cancel sebab kes makin naik kat johor. Taknak ambil risiko. Takpelah, Allah tahu yg terbaik utk kita kan,” luah seorang wargamaya.

Tertanya jugak pasal benda ni. Kami pun terpaksa tangguh semua benda sebab PKP. tapi dorang okay je buat majlis tunang,” komen seorang wargamaya.

Ya, sis. Aku pun nak bitter juga sebab aku pun tergolong dalam golongan yang terpaksa cancel majlis sebab PKP. Tapi orang lain selamba buat majlis pakai keizinan apa ini?” tanya seorang wargamaya.

Adik aku yang supposedly tunang last month pun terpaksa tangguh tau. Macam mana retis retis ni boleh lepas buat majlis tunang ye? Nikah I don’t mind pun, tunang tu haa. Bukan dengki tapi orang lain terpaksa tangguh majlis, yang retis dan menteri relax je langgar SOP ye,” kata seorang wargamaya lagi.