KELUANG MAN
Ramai Teruja Imbau Nostalgia Keluang Man, ‘Wonda Kopi Kluang’ Terjual 2.5 Juta Tin Dalam Masa 8 Bulan
Buat pertama kalinya dalam sejarah, filem yang diadaptasi daripada animasi kebanggaan negara, Keluang Man melangkaui layar perak apabila kolaborasi bersama Wonda Coffee dalam menghasilkan air minuman ‘Wonda Kopi Kluang’.
Wonda Kopi Kluang catat jualan luar biasa, 2.5 juta tin
Paling mengujakan apabila air minuman tersebut berjaya mencatat jualan luar biasa iaitu sebanyak 2.5 juta tin dalam tempoh lapan bulan.Wonda Kopi Kluang yang diperkaya dengan Tongkat Ali diinspirasikan daripada dunia Keluang Man dan membawa simbolik kekuatan superhero Malaysia dengan memberi inspirasi kepada peminat untuk menemui semangat wira dalam diri mereka.
Lebih istimewa, pek minuman ini hadir dalam edisi terhad, menampilkan lima watak ikonik dari dunia Keluang Man – Keluang Man, Ahmad, Shamsir, Dr. Malini dan BeBe.Rekaan pek yang eksklusif ini menjadikannya item koleksi yang wajib dimiliki oleh peminat setia.
Minuman Wonda Kopi Kluang boleh didapati di pelbagai rangkaian kedai terpilih seperti 7-Eleven, myNEWS, Shell, Petronas, Family Mart, ST Rosyam Mart dan Etika Kedai Rasmi.
Menerusi pek edisi terhad juga memberi peluang kepada peminat untuk dapatkan barangan eksklusif Keluang Man seperti figura mini karakter utama, payung edisi khas, komik edisi terhad dan keychain yang boleh didapati di kedai terpilih.
Sementara itu, saksikan filem superhero original pertama Malaysia, Keluang Man di pawagam bermula 29 Mei 2025.
Filem Keluang Man merupakan teribitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Must-Watch Video