Ramai dalam kalangan wanita beragama Islam yang mengubah bentuk wajah melalui pembedahan atau kaedah moden seperti suntikan ‘filler’, botox dan runcing dagu.

Menjawab persoalan mengenai hukum berkaitan perkara itu, penceramah bebas Ustazah Asma Harun menegaskan ia sememangnya haram untuk dilakukan.

“Semakin ramai wanita Islam mengubah bentuk wajah, melalui pembedahan atau kaedah moden. Seperti suntikan ‘filler’ (pengisi), botox, sama ada untuk runcing dagu, ‘V shape’, tinggikan hidung dan lain-lain.

“Hukumnya adalah haram,” kata Ustazah Asma.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Ustazah dan beranggapan ramai wanita yang melakukan kaedah itu dengan memberi alasan mahu cantik demi suami.

“Ada Muslim sendiri buat bisnes breast filler, guna nama Allah, contoh ‘Insya-Allah, produk terjamin’, lepas tu siap mention cantikkan diri demi suami.

“Betul tu Ustazah… buat semata-mata nak cantik saja. Percayalah, buat la macam mana pun tetap tak akan cantik. Lagi nak cantik jadi lagi tak cantik. Cukuplah dengan asal.

“Ingatkan filler tu boleh buat sebab nampak ramai perempuan Islam buat. Kita pun was-was boleh buat ke benda tu? Rupa-rupanya haram,” komen netizen.