Laman Utama
"Ramai Yang Cakap Wawa Akan Hidup Susah, Hubungan Takkan Kekal Kerana..." - Wawa Zainal
Pelakon dan usahawan jelita, Wawa Zainal dan suaminya, pelakon dan usahawan kacak Aeril Zafrel membuktikan bahawa berkahwin pada usia yang muda bukan alasan untuk tidak bahagia dan hidup dalam belenggu kesusahan.
Namun semua itu bukan juga perkara yang mudah kerana semua yang dilakukan memerlukan usaha keras untuk mencapai kejayaan dalam apa jua yang dilakukan.
Dalam satu video TikTok di Instagram miliknya, Wawa Zainal turut berkongsi wisma tiga tingkat yang kini menjadi miliknya hasil usaha mereka suami isteri membina kerjaya dalam bidang keusahawanan.
"Pernah tak orang pandang rendah pada korang? Wawa juga pernah. Tapi kata-kata mereka tu kita jadikan semangat untuk kita berusaha lebih lagi. Jangan pernah down tau.
"Dan ketika kita dah capai apa yang kita impikan dan ketika kita sudah punya segalanya, janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain," tulis Wawa pada entri video tersebut.
Menurut Wawa lagi, dia masih ingat ada orang yang mengatakan hidupnya akan susah dan hubungannya takkan kekal kerana memilih jalan untuk berkahwin dalam usia yang muda.
"Tapi kata-kata mereka Wawa jadikan pembakar semangat untuk terus melangkah, terbang lebih tinggi dan hari ini Alhamdulillah aku berjaya buktikan yang aku juga boleh berjaya.
"Next, impian aku untuk bantu orang lebih ramai lagi. Teruskan usaha, jangan putus asa ketika orang pandang rendah, okay," tulis Wawa dalam video tersebut.
Wawa Zainal atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin berkahwin dengan Aeril Zafrel atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari ketika dia berusia 21 tahun dan Aeril berusia 24 tahun.
Pasangan romantis ini kini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla maghfirahtul Adzkiyaa dan Aya Soffya.