Pelakon Wawa Zainal menafikan dia dan suami, Aeril Zafrel mengambil jalan mudah untuk hidup senang dan mewah.

Menurut Wawa, mereka melalui pelbagai proses jatuh dan bangun dalam perniagaan selama empat tahun sebelum berjaya.

“Susah kan nak kurus? Macam tu juga la dengan kejayaan. Bukan hari ini buat esok dah kaya.

“Wawa dan Aeril pun berniaga dah lama. Pernah jual baju, jual tudung, jual contact lens lagi sehingga la adanya Wawa Cosmetik sekarang.

“Sejak 2016, empat tahun bukan sekejap. Pernah jatuh bangun balik. Siapa kata Wawa instant kaya cubit dia! Sekarang pun tak kaya lagi pun .

“Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan pekerja, syukur,” katanya.

Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Sejak semalam, pasangan ini menjadi perhatian selepas Aeril memuat naik foto bersama isteri dan kelihatan kereta mewah jenis Ford Mustang berwarna kuning di belakang mereka.

Rata-rata menegur Aeril supaya tidak terlalu menunjukkan kemewahan bimbang menjadi perhatian pihak berkuasa.

BACA: Aeril Zafrel Kongsi Foto Kendong Wawa Zainal, Tapi Mustang Kuning Dapat Perhatian Netizen!

Ia selepas beberapa selebriti dipanggil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siastan kes penggubahan wang haram.

susah kan nak kurus?? mcm tu jugak la dgn kejayaan .. bukan harini buat esok da kaya.. wawa dan aeril pun bisnes da lama.. jual baju pernah,jual tudung pernah, jual contact lens.. sehingga la @wawacosmeticshq skg.. since 2016.. 4 tahun bukan sekejap . . pernah jatuh bangun balik..siapa kata wawa instant kaya cubit dia ? now pun tak kaya lagi pun . Alhamdulillah cukup memadai buat wawa dan team. syukurr..so cerita dia siapa nak kurus? jom gym hehehe

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) on