Pelakon Que Haidar mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama aktres Lisa Surihani melakonkan sebuah babak dalam filem Lagenda Budak Setan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Que menjelaskan dalam babak tersebut dia tidak memukul rakan lakonannya dengan betul seperti yang disangka oleh orang ramai.

"Amboi. Marah nau kau ni. Cuba bawa banyak-banyak istigfar. Geram lak aku tengok kau ni!

"Ramai yang ingat saya betul-betul pukul dalam scene ini. Tapi cuba anda banyangkan kalaulah saya betul-betul pukul mungkin rakan lakon saya tak boleh nak sambung shooting dan akan diberi rehat untuk beberapa hari.

"Tapi ia tidak sebegitu. Cuba anda lihat betul-betul masa saya tampar kepala rakan lakon saya, sebenarnya saya tampar tangan saya sendiri.

"Memang kerja seorang pelakon untuk membuat anda yang menonton percaya ianya seperti benar-benar terjadi. Make believe. Dalam lakonan 80 peratus adalah emosi atau rasa. Nanti kita buat kelas lakonan lagi ye," tulisnya.

Amboi.. marah nau ko ni.. cuba bawa banyak2 Istigfar.. Geram lak aku tgk ko ni!! Ramai yg ingat sy betul2 pukul dlm scene ni.. Tapi cuba anda banyangkan kalau lah sy betul2 pukul mungkin rakan lakon sy tak boleh nak sambung shooting dan akan diberi rehat utk beberapa hari.. tapi ianya tidak sebegitu.. cuba anda lihat betul2 masa sy tampar kepala rakan lakon sy sebenarnya sy tampar tangan sy sendiri ? mmg kerja seorg pelakon utk membuat anda yg menonton percaya ianya seperti benar2 terjadi.. make believe.. dalam lakonan 80% adalah emosi/rasa.. nanti kita buat class lakonan lagi ye ?

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui percaya bahawa watak yang dilakukan itu ada betul dan mereka merindui untuk melihat Que untuk kembali aktif berlakon semula.

"@zulkifli.mansor: Sapa yang tengok tak geram? Semua orang rasa nak masuk skrin pukul ramai-ramai."

"@aizatmuhaimin88: Dalam filem bukan main lagi yer.. Dekat luar tudia very da penyayang, sopan dan lembut pertuturannya. Senang cerita sejuk hati rasa."

"@cahayaasmawi: Fuh! Meremang wei dia punye marah! Power. Tahniah bro."


Untuk rekod, Que mendirikan rumah tangga dengan Linda Jasmine pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Tengku Ratu, 9, dan Tengku Cleopatra, 7.