"Ramai Yang Ingat Saya Betul-Betul Pukul Dalam Scene Ini, Tapi..." - Que Haidar Dedah Kisah Sebenar

Rozaimi Zubaidi
September 5, 2019 08:15 MYT
Pelakon Que Haidar mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama aktres Lisa Surihani melakonkan sebuah babak dalam filem Lagenda Budak Setan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Que menjelaskan dalam babak tersebut dia tidak memukul rakan lakonannya dengan betul seperti yang disangka oleh orang ramai.
"Amboi. Marah nau kau ni. Cuba bawa banyak-banyak istigfar. Geram lak aku tengok kau ni!
"Ramai yang ingat saya betul-betul pukul dalam scene ini. Tapi cuba anda banyangkan kalaulah saya betul-betul pukul mungkin rakan lakon saya tak boleh nak sambung shooting dan akan diberi rehat untuk beberapa hari.
"Tapi ia tidak sebegitu. Cuba anda lihat betul-betul masa saya tampar kepala rakan lakon saya, sebenarnya saya tampar tangan saya sendiri.
"Memang kerja seorang pelakon untuk membuat anda yang menonton percaya ianya seperti benar-benar terjadi. Make believe. Dalam lakonan 80 peratus adalah emosi atau rasa. Nanti kita buat kelas lakonan lagi ye," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui percaya bahawa watak yang dilakukan itu ada betul dan mereka merindui untuk melihat Que untuk kembali aktif berlakon semula.
"@zulkifli.mansor: Sapa yang tengok tak geram? Semua orang rasa nak masuk skrin pukul ramai-ramai."
"@aizatmuhaimin88: Dalam filem bukan main lagi yer.. Dekat luar tudia very da penyayang, sopan dan lembut pertuturannya. Senang cerita sejuk hati rasa."
"@cahayaasmawi: Fuh! Meremang wei dia punye marah! Power. Tahniah bro."
Untuk rekod, Que mendirikan rumah tangga dengan Linda Jasmine pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Tengku Ratu, 9, dan Tengku Cleopatra, 7.
#pelakon #Que Haidar #Pelakon