Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ramai Yang Tak Boleh 'Move On', M. Nasir Tunai Hasrat Peminat Adakan Konsert Cipta 2

Gempak
20/08/2024 11:55 MYT
Sudah melabuhkan tirai pada 10 Ogos lalu, namun konsert Dato M. N45IR Cipta dilihat berjaya mencipta kejayaan yang tersendiri apabila masih ramai yang tidak ‘move on’ dengan konsert berkenaan.

Menjadi bualan hangat

Malah Konsert Dato M. N45IR Cipta itu menjadi bualan hangat di media sosial sehingga ada yang menghubungi pihak penganjur, ICON Entertaiment meminta untuk diadakan konsert itu sekali lagi.

Susulan permintaan ramai, penyanyi dan komposer, Datuk M. Nasir membuat kejutan untuk sekali lagi mengadakan konsert tersebut pada 12 Oktober akan datang di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mengambil cabaran

Walaupun mempunyai tempoh yang singkat untuk persiapan konsert kedua, M. Nasir mengganggap perkara itu sebagai satu cabaran buatnya.

“Saya anggap ini sebagai satu cabaran dan saya bergantung pada cabaran ini, saya memang susah nak tolak cabaran.

“Bagi saya sebagai seorang pelaku, saya mempunyai matlamat sendiri. Pada saya, tempoh dua bulan lagi bukanlah satu masa yang panjang dan tidak juga, tetapi boleh dilakukan,” katanya ketika ditemu bual Gempak.

Pada masa sama, M. Nasir juga menyatakan bakal memberikan kelainan buat peminat yang hadir cuma tidak mahu berbicara lanjut mengenainya terlalu awal.

Bagaimanapun untuk penganjuran konsert kali ini, kehadiran penonton akan dihadkan kepada 6,000 penonton sahaja.

Artikel berkaitan: Mega! Suara Emas M Nasir Bergema Hiburkan 8,000 Penonton, Bukan Hanya Sekadar Konsert Tapi Jiwa Yang Diberikan

Artikel berkaitan: Melly Goeslaw Sifatkan M Nasir ‘Berlian Harta Karun’ Malaysia, Seniman Sejati – “Saya Terharu Dia Hadir Ke Konsert Saya Yang Pertama”

Artikel berkaitan: PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

Artikel berkaitan: M Nasir Sambut Hari Lahir PMX Di Konsert - “Saya Bukan Bagi Kek,Tapi Pulut Kuning”

Harga jualan tiket adalah seperti berikut:

RM 238 (Fantasia Bulan Madu - FBM), RM338 (Mentari Merah Di Ufuk Timur - MMDUT), RM458 (Layang-layang Terputus Talinya - LLTL), RM488 (Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara - SBSDGS), RM528 (Laila Namamu Teratas - LNT), dan RM588 (Keroncong Untuk Ana - KUA).

Tiket-tiket untuk konsert Cipta 2 M Nasir akan mula dijual pada 27 Ogos ini jam 2 petang di laman www.ticket2u.com.my/mnasircipta2.



Foto: Astro AWANI/Shahir Omar

#Konsert #Datuk M. Nasir #Dato M. N45IR Cipta 2