“Ramai Yang Tanya, Ya Saya Masih Hamil & Mahu Bersalin Normal” – Betty Rahmad

Mya Amri
Januari 18, 2019 10:57 MYT
Pelakon, Betty Rahmad memberitahu dia berada dalam keadaan sihat dan masih hamil.
Betty menerangkan kondisinya itu disebabkan peminatnya berasa risau kerana dia tidak memuat naik sebarang kemas kini di akaun Instagram sejak lima hari lalu.
Betty menjelaskan dia berada dalam keadaan baik dan memasang impian untuk bersalin secara normal.
“Salam hi friends & followers. Here’s an update since ramai dm’s, whatsapp etc. For your information, I am still pregnant. 39 weeks today. Alhamdulillah sabar menanti di rumah (2cm dilated yesterday) & melayan my contractions.
“Memandangkan I wanna go for normal birth (as natural as possible insyaAllah) so i sendiri tak boleh jawab bila orang tanya bila.
“But I believe I will meet my baby soon when my body & my baby are ready. Terima kasih yang ambil berat. Fikirkan yang best-best & teruskan doa for us #bettyanddamisjunior” jelasnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa lega sebaik sahaja mengetahui kondisi Betty.
Mereka juga turut mendoakan agar Betty mudah melahirkan dan berharap agar mereka berdua sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Foto: Instagram @bettyrahmad
#pelakon #Pelakon #Betty Rahmad