Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir berlaku di sesetengah negeri di Malaysia pada Aidiladha ini.

Ramalan awal

Menurut MetMalaysia menerusi aplikasi X, beberapa negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, dan serawak.

Hanya dua negeri diramal tiada hujan sepanjang hari iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Berita Trending: Amelia Henderson Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Boleh Hargai Dirinya

Berita Trending: “Saya Dengan Aedy Kawan, Tak Rapat Macam Dulu “ - Amelia Henderson

Berita Trending: Fiziwoo Keluar Disclaimer, Rakam Video Promosi Baju Raya Bersama Ruhainies Disember Lalu - "Kami Tiada Niat Mencalarkan Imej Individu..."

Berita Trending: “Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Terdapat tiga negeri yang dijangka hujan sepanjang hari iaitu Sarawak, Sabah dan Perak.

Bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal hujan pada waktu pagi.

Negeri pantai timur pula iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan menerima hujan pada waktu petang dan malam, Isnin ini.

Pada Jumaat, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman mengumumkan Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024, bersamaan dengan 10 Zulhijah 1445 Hijrah.

Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.