Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Rambut Macam Tu Nampak Busuk! Ingat Elok Ke?" - Netizen Kritik Penampilan Dreadlock Nafiz Muaz

ZULHILMI JALIL
03/01/2020 04:16 MYT
Pelakon Nafiz Muaz mendedahkan bahawa terdapat individu yang mengecam penampilannya menggayakan rambut dreadlock selepas berkongsi gambarnya di Instagram.

Nafiz atau nama sebenarnya, Muhd. Nafiz Muaz Mat Nasir, 22, memberitahu bahawa individu tersebut turut menyuarakan rasa bimbangnya apabila imej berkenaan akan menjadi ikutan anak muda.

Bagaimanapun, Nafiz menjelaskan bahawa imej dreadlock itu hanyalah untuk menjayakan wataknya dalam drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis.

"Maaf ya bang, ini hanya lakonan dan saya rasa tak jadi masalah kalau rambut dia macam tu. Kalau betul nak jadikan contoh, kena tengok drama ni sampai habis.

"Maaf ya, saya bukan nak marah atau nak apa, cuma saya beritahu benda yang betul sebagai pembaca skrip," tulisnya yang turut berkongsi paparan komen individu tersebut menerusi satu entri di Instagram.

Terima kasih saudara kerana sudi comment di ruang saya, kecik hati orang yang berambut dreadlocks kalau tgk comment ni, saya ada kawan yang berambut dreadlocks, diaorang tk busuk pun ? saya akan beri lebih lagi penjelasan jika anda memerlukan ??? "KRIS OKAY JE" #pengantinlelakiuntukcikgadis

A post shared by Nafiz Muaz (@nafizmuaz) on



Dalam ruangan komen berkenaan, individu itu menyifatkan penampilan berambut dreadlock tidak mencerminkan imej yang baik.

"Rambut macam tu ingat elok ke? Rambut macam tu mencerminkan contoh yang tak baik untuk tontonan anak muda.

"Risau jadi ikutkan pulak rambut-rambut dreadlock ni. Lagipun rambut macam tu nampak busuk," tulisnya.

Begitupun, Nafiz kemudian menafikan imej berambut dreadlock sebagai 'busuk'.

"Kecil hati orang yang berambut dreadlocks kalau tengok komen ni, saya ada kawan yang berambut dreadlocks, diaorang tak busuk pun," balas Nafiz.

Perkongsian Nafiz itu turut mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata meminta agar Nafiz tidak mengendahkan komen-komen berbentuk kritikan yang tidak membina seperti itu.

"Ehhhh. Rambut pula dia kesah. Tengok je lah drama, ambil iktibar dan hal positif. Apa benda la si komen ni," tulis salah seorang pengikutnya.

Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis kini sedang disiarkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.
#pelakon #Pelakon #Nafiz Muaz
;