Pelakon Ramona Zamzam mengakui lebih selesa untuk mengharungi dunia seni dengan caranya tersendiri.

Menurut Ramona, dia tidak perlu mencipta kontroversi untuk meraih populariti sebagai seorang anak seni dalam industri.

"Alhamdulillah saya sebenarnya lebih selesa hidup begini tanpa mencipta sebarang kontroversi.

"Mungkin pada awal penglibatan saya dalam industri ada beberapa kontroversi namun saya cepat-cepat akan bersihkan atau pilih untuk diamkan sendiri.

"Memang kontroversi itu penting untuk menaikkan nama namun saya percaya, kalau kita ada bakat, orang akan tetap nampak kita walaupun tanpa populariti yang banyak.

"Ada juga yang sarankan saya untuk mencipta kontroversi supaya orang lebih mengenali saya namun bagi saya biarlah rezeki itu datang sendiri," katanya kepada Astro Gempak.

Ramona berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Ramona Zamzam filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Fattah Amin, Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang.