Hiburan
Ranbir Kapoor Tak Puas Hati Dengan Karan Johar!
Pelakon Bollywood yang sedang meningkat naik, Ranbir Kapoor, 34, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pengacara rancangan bual bicara santai Koffee With Karan, Karan Johar.
Katanya, pengacara dan sutradara itu menggunakan konsep paksa rela untuk dia membicarakan topik yang sensasi hingga rasa kurang selesa.
"Saya tidak puas hati dengan konsep rancangan itu. Dia (Karan) pandai melawak sampai membuatkan kita selesa kemudian membongkarkan satu-persatu tentang kisah kontroversi.
"Sampaikan setiap kata-kata yang keluar daripada mulut tetamu undangan ditafsirkan secara serius oleh penonton.
"Kami pula yang akan menanggung akibatnya!" katanya ketika satu temubual bersama media di India.
Malah, Ranbir terpaksa bersetuju untuk ditemu ramah bersama Anushka Sharma dalam musim terbaharu Koffee With Karan.
"Dia mengaut untung melalui kontroversi yang berlaku daripada kenyataan yang kami ucapkan," tambah pelakon filem Ae Dil Hai Mushkil itu.
Namun, wajarkah Ranbir memarahi Karan hanya kerana satu temu ramah dan terpaksa menjawab soalan-soalan panas yang diajukan?
Jangan lepaskan peluang menonton rancangan Koffee With Karan musim kelima setiap hari Ahad pukul 7.30 malam di saluran Tara HD.
Teks oleh: Amri Hassan
Must-Watch Video