Pengacara Hawa Rizwana Ahmad Redzuan mencuri tumpuan netizen selepas memuat naik sepotong video di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, Hawa dilihat sedang rancak berkaraoke bersama rakan-rakannya.

Malah, sambil menggayakan jaket dan seluar berwarna hitam, Hawa turut menunjukkan kebolehannya untuk ‘rap’ lagu Budak Flat nyanyian Aman Ra.

Namun, entah di mana silapnya, ruang komen di posting TikTok itu dipenuhi dengan kritikan netizen yang kebanyakannya tidak berpuas hati dengan penampilan Hawa.

Ada yang mendoakan supaya pengacara terkenal itu diberikan hidayah, namun tidak kurang juga tidak senang dengan gaya jaket dan seluar digayakannya.

Malah, ada pula yang mendoakan supaya Hawa menutup aurat dengan sempurna, biarpun pengacara itu dilihat sudah pun menutup aurat.

“Semoga kita diberikan hidayah, amin”.

“Semoga kita jadi wanita yang solehah menutup aurat dengan sempurna”.

“Seluar adik siapa rembat tu,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

@hawarizwanaredz

Karaoke night

♬ original sound - Hawa Rizwana