Viral
Rancak Guna L U S M Di Instagram, Netizen Kecam Ruhainies Adik-Beradik: “Ini Yang Korang Nak Percaya Permohonan Maaf...”
Sejak tangkap layar perbualan antara pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz tersebar, pelbagai tohmahan dan kritikan diterima oleh kedua individu tersebut.
Selain kisah Aliff Aziz yang tiada lesen memandu, gaya perbualan mereka berdua juga turut menjadi perbincangan wargamaya.
L U S M
Antara gaya penulisan mereka yang viral termasuklah ringkasan L U S M dan M U S M yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.
Sungguhpun Ruhainies dilihat telah memohon maaf secara terbuka menerusi sebuah rancangan hiburan popular Ahad lalu, namun, dramatis itu dilihat masih menggunakan ringkasan tersebut di platform media sosial miliknya.
Pada bahagian bio di Instagram, Ruhainies menulis NRF (nama yang digunakan oleh Aliff Aziz untuk menyimpan namanya di telefon bimbit) dan L U S M.
Selain itu, Ruhainies turut rancak melayan peminat di Instagram Story dengan menggunakan ringkasan-ringkasan sama.
Dalam masa sama, adik-beradik Ruhainies iaitu Risteena dan Asha turut menggunakan ringkasan yang sama.
Netizen
Hal ini menimbulkan kemarahan netizen, memandangkan Ruhainies dan adik-beradiknya yang lain tidak mengambil serius mengenai isu yang berlaku terhadap dirinya.
Ada yang melabelkan mereka sebagai tiada otak, dan ada juga yang berharap agar mereka diboikot.
Terdahulu, nama Ruhainies makin panas gara-gara pembongkaran tangkap layar perbualannya bersama Aliff Aziz oleh individu bernama Sarah Yasmine.
Susulan daripada itu, Ruhainies bertindak memohon maaf secara terbuka di sebuah program hiburan minggu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
ARTIKEL BERKAITAN: Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah
Must-Watch Video