Jurusolek dan usahawan kosmetik popular Datuk Alha Alfa terpaksa akur apabila kek setinggi lapan tingkat yang dihasilkan sempena majlis resepsi semalam roboh ketika sesi bergambar.

Kata Alha dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian tersebut.

"Tak apalah rezeki setakat itu sahaja. Saya tak marah pun, beratus kali mereka minta maaf.

"Walaupun dalam perancangan nak pacak kek itu tengah-tengah rumah. Habis berderai semuanya.

"Apapun Abang Nas (Great Idea) memang superb kek itu. Syukur tak ada orang di belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti," tulisnya pada entri terbaharu di Instagram.

Dalam rakaman video terbabit, Alha bersama beberapa tetamu yang hadir pada majlis tersebut sedang berdiri di hadapan kek lima tingkat itu sebelum tiba-tiba terbalik ke belakang.

Alha percaya jisim kek yang dihiasi kaca pada bahagian puncaknya yang terlalu berat menjadi punca binaan kek itu roboh.

"Kek ini punya berat mungkin meja yang sokong itu pun dah menyerah diri dah tunggu masa saja bergegar sikit terus roboh.

"Terima kasih kerana merealisasikan impian kek kaca saya. Punya ramai orang tolak sebab tak nak ambil risiko. Sekarang saya faham risikonya.

"Apapun usaha yang abang ambil untuk buat kek saya itu sangat saya hargai," tambah Alha.

takpelah rezeki takat tu je..sy xmarah pun hehehe beratus kali depa mntak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tgh2 rumah..hahah hbis berderai semuanya ?? ape pun abg @nasgreatidea_weddings mmg superb kek tu..xpe kek boleh carik,..kenangan yg terjadi tu memory selamanya..sorry yg xdapat merasa kek tu..syukur xde org kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti ??? kek ni punya berat maybe meja yg support tu pun dah menyerah diri dah tggu masa je bergegar skit paammmm!! habisss~ macam manusia jugak..emsem camne pun hati rapuh jugak..???????????? tq abg @nasgreatidea_weddings merialisasikan impian kek kaca sy..punya ramai org tolak sbb xnk amik risiko..now sy faham dah risikonya ?????..ape pun effort yg abg ambil utk buat kek sy tu sgt sy hargai..????❤️ tqsm pada semua yg hadir semalam..sy dah isteri amat menghargai..mintak ampun mntak maaf jika ada kekurangan dari pihak kami..love u guys #alhaalindreams .

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

Sementara itu meninjau di media sosial perancang perkahwinan Nas Great Idea Weddings, nilai kerugian ekoran insiden itu ditanggung pihaknya sendiri.

"Abang yang kena ganti kek itu. Orang lain yang bising.

"Bukan senang nak jadi perancangn perkahwinan. Perkara tidak diduga berlaku dan kadang-kadang sendiri kena tanggung," tulisnya bersama paparan skrin perbualan dipercayai bersama pereka kek itu.

Ni jawapan dia repost via @instarepost20 from @lelakigeek Moga dato @alhaalfa dn isteri sabar yaa! ?????? ??? . . . #lelakigeek #melaka #brocuba #jangancakapabangtakpayung #kl #bilantahnakbesar #vsco #igersmuda #ikutcarakita #kl #pavilion #janganmengata #hood #ootd #alhaalindreams

A post shared by Nas Great Idea (@nasgreatidea_weddings) on

Abg yg kena ganti kek tu. Org lain yg bising. Meh sini tontong sorg singgit. Cover balik kaca berkecai tu

A post shared by Nas Great Idea (@nasgreatidea_weddings) on

Bukan senang nk jadi wedding planner . Unexpected things happen dan kadang2 sendiri kena tanggung

A post shared by Nas Great Idea (@nasgreatidea_weddings) on

Majlis resepsi itu berlangsung penuh meriah di Dewan Mindef Kuala Lumpur malam tadi dengan dihadiri tetamu yang turut terdiri daripada kalangan selebriti tempatan.

Alha dan pasangan, Noor Azlin telah selamat bernikah pada 28 September lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.

Terdahulu, pasangan itu telah melangsungkan majlis persandingan di Taiping, Perak sejurus selepas majlis pernikahan.

THE WEDDING OF DATO' ALHA ALFA & AZLIN ISMAIL #alhaalindreams #alhaalfa #alhaalfacosmetics #semusimmerindu Venue: Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia - ATM Jangan Segan Silu untuk menghubungi kami bagi membuat tempahan. Call / WhatsApp ***************************** 017-638 6352 @ 019-277 1270 Di jemput like page kami, link seperti yang di bahagikan di bawah, dan follow kami bagi melihat gambar & video yang menarik. Pleased to be contact us for booking inquires now, to avoid disappointment! Call / WhatsApp: ***************************** 017-638 6352 @ 019-277 1270 Like my page and follow us : Kerrewang Studio Photo & Video https://www.facebook.com/kerrewang.photography instagram.com/kp_studiophoto #pesonapengantin #malayweddingguide #solemnization #gambarkahwin #perkahwinanmelayu #raikancinta #malayweddingphotography #photographermelaka #weddingvideographer #kerrewangphotography #kp_studiophoto #duriantunggal #whitestudio #malaywedding

A post shared by Kerrewang Studio Photo & Video (@kp_studiophoto) on