Pelakon dan model Thanuja Ananthan, mendedahkan sebab dia tidak memilih jejaka dari Malaysia untuk dijadikan teman hidup.

Ketinggan Thanuja

Menurut bekas Miss World 2009 itu kebanyakan jejaka Malaysia takut untuk mendekatinya kerana ketinggian yang dimiliki.

“Saya ni sukar untuk dating dengan lelaki dekat sini (Malaysia) sebab mereka tak berani. Saya terlalu tinggi. Sebenarnya saya tak memilih, saya okay sahaja asalkan value dan mentaliti kami sama,” katanya ketika ditemui Gempak.

Sebelum ini, Thanuja membuat pendedahan bahawa dia sedang berkenalan dengan seorang jejaka berasal dari London pada masa ini.

Disoal mengenai kriteria yang membuatkan dia tertarik dengan lelaki itu, Thanuja secara ringkas menjawab dia suka lelaki yang boleh memahami dan menerima dirinya.

Dalam perkembangan lain, Thanuja turut muncul dengan sebuah naskhah baharu berjudul Padu The Movie yang diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.

Selain Thanuja sebagai Center Kalai), Padu The Movie turut dibintangi Fify Azmi (Kapten Izzati), Jojo (Naib Kapten Mulan), dan Mei Fan (Jurulatih Yoong).

Filem yang bakal ditayangkan 6 Jun nanti ini turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA
2015 di Singapura.

Berita Trending: Pempengaruh Popular Didakwa Buat Gangguan Seksual? Caprice…

Berita Trending: Thanuja Sedang Berkenalan Dengan Lelaki Asal London - "Saya Suka Dia Sebab ..."