Hiburan

Thanuja Sedang Berkenalan Dengan Lelaki Asal London - "Saya Suka Dia Sebab ..."

Umirah Halim
30/05/2024
06:25 MYT
Pelakon dan model Thanuja Ananthan membuat pendedahan bahawa dia sedang berkenalan dengan seorang jejaka berasal dari London pada masa ini.

Kenal hati budi

Menurut Thanuja, 38, dia di dalam fasa mengenali hati buti lelaki tersebut dan difahamkan mereka sudah berkenalan sejak lapan bulan yang lalu.
“Ya, saya ada seorang yang special dalam hidup saya sekarang ini. Saya sedang mengenali dia. Saya sangat gembira dan kita lihat nanti macam mana dalam tempoh setahun dua ini.

“Kami berkenalan sejak lapan bulan yang lalu dan dia berasal daripada London. Saya kenal dia melalui kawan-kawan. Kami ada perancangan untuk masa hadapan," kata Thanuja.

Disoal mengenai kriteria yang membuatkan dia tertarik dengan lelaki itu, bekas Miss World Malaysia 2009 ini secara ringkas menjawab dia suka lelaki yang boleh memahami dan menerima dirinya.
“Saya suka dia sebab dia faham kerja saya. Pada masa yang sama, dia sangat memberi sokongan dan pencinta haiwan seperti saya. Dia faham saya. Tambahan saya sejenis yang open minded dan lantang bersuara. Bukan semua orang boleh terima wanita seperti ini," ujarnya.
Mengulas lebih lanjut, Thanuja turut sempat memberitahu lelaki tersebut lapan tahun lebih berusia daripadanya.
“Sebenarnya dia dah pencen dan menetap di Malaysia. Kami rajin melancong bersama-sama seandainya jadual saya tidak sibuk," tambahnya.
Di akhir temu bual, Thanuja yang ditemui pada Malam Gala Filem PADU, semalam turut berharap hubungan yang terjalin ini akan membawa mereka ke fasa seterusnya tidak lama lagi.
Thanuja berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Filem Padu The Movie yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Dalam perkembangan lain, Thanuja turut muncul dengan sebuah naskhah baharu berjudul Padu The Movie yang diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.
Selain Thanuja sebagai Center Kalai), Padu The Movie turut dibintangi Fify Azmi (Kapten Izzati), Jojo (Naib Kapten Mulan), dan Mei Fan (Jurulatih Yoong).
Filem yang bakal ditayangkan 6 Jun nanti ini turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.

Berita Trending: Qawiy Nafi Terlibat Dengan Jenayah Gangguan Seksual – “Tidak Benar…

Berita Trending: Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau…

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Berita

Lelaki Tunjuk Kemaluan Dalam Pejabat Dicekup

gempak
24/07/2024
14:30 MYT
Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah rakan sekerjanya dalam kejadian dekat Putra Plaza, 12 Julai lalu mengundang padah apabila diberkas pada Isnin.
Berita

Kenal Hampir 10 Tahun, Lelaki Malaysia Diculik & Dijual Rakan Sendiri Ke Sindiket Di Myammar

gempak
21/07/2024
09:25 MYT
Seorang lelaki Malaysia berjaya diselamatkan selepas ditipu, diculik, dan ditahan untuk wang tebusan selama dua bulan di Myanmar.
Viral

Pemuda 22 Tahun Bergaya Outfit RM900,000, Netizen Auto Jealous! - “Baiklah Duit Guna Beli Property”

gempak
21/07/2024
08:55 MYT
Satu video tular baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak apabila ia mempamerkan seorang jejaka berusia 22 tahun memakai pakaian bernilai hampir RM900,000.
Viral

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

gempak
17/07/2024
02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.