Laman Utama

Rapper Coolio Yang Popular Dengan Lagu Gangsta's Paradise Ditemui Mati

Maliah Surip
29/09/2022
02:33 MYT
Dunia hiburan Hollywood kehilangan seorang rapper berprofil tinggi, Coolio, apabila pemuzik itu ditemui mati semalam.
Coolio yang cukup fenomena dengan lagu Gangsta's Paradise meninggal dunia pada usia 59 tahun, lapor TMZ.
Cukup terkenal dalam kalangan peminat muzik sekitar tahun 90-an, Coolio meninggalkan enam orang anak hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Josefa Salinas pada tahun 1996 sebelum bercerai empat tahun kemudian.
Menurut fakta kes, Coolio ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai bilik air oleh pengurusnya, Jarez.
Paramedik dipanggil sekitar pukul 4 petang waktu tempatan, Coolio mengsyaki mengalami masalah jantung.
Laporan juga menunjukkan tiada sebarang barang terlarang seperti dadah ditemui di tempat kejadian.
Ironi, empat hari sebelum meninggal dunia, Coolio sempat mengemas kini perkembangan terbaharunya saat melakukan persembahan di Texas.
Dia juga kelihatan sihat sewaktu muncul dalam Riot Fest 2022 di Douglass Park pada 18 September 18, di Chicago, Illinois.
Kerjaya Coolio bermula sekitar tahun 80-an dengan lagu Fantastic Voyage meletakkan namanya dalam peta muzik dunia.
Namun kelahiran Gangsta’s Paradise yang juga menjadi lagu runut bunyi filem Dangerous Minds telah meledakkan nama Coolio sekaligus menjadikan dia sebagai salah seorang pemenang dalam Grammy Awards 1996 melalui lagu tersebut.
Sehingga 22 Julai 2022, Gangsta’s Paradise telah didengar dan dilihat sebanyak 1 bilion kali di YouTube.
“Saya tidak pandai menggunakan bahasa yang trendy, tapi saya percaya lagu itu bersifat timeless,” kata mendiang dalam satu temubual sebelum ini.
Sepanjang kariernya, Coolio juga telah menjual sebanyak 17 juga unit album di seluruh dunia.
Khabar kematian legenda ini membuat banyak rakan artis berdukacita dan berkongsi momen tersendiri yang pernah dijalani bersama Coolio.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.