HIBURAN
“Rare Betul Subtitle” - Muzik Video Naim Daniel Raih Pujian Ramai
Penyanyi Naim Daniel baharu sahaja memuat naik salah satu video muzik dari albumnya EP: Lelaki Gila iaitu Syaitan Pun Pening berjaya meraih perhatian ramai.
Menerusi muzik video yang dimuat naik di YouTube, rata-rata netizen memuji penyanyi itu kerana sanggup meletakkan sari kata dalam dua bahasa berbeza, iaitu bahasa Tamil dan Mandarin.
Hal ini membuatkan peminatnya terharu, dengan menyatakan bahawa pelantun lagu Sumpah itu lebih memilih untuk berlaku adil kepada pelbagai bangsa serta membolehkan bangsa lain memahami lirik lagu tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan menerusi muzik video di YouTube adalah:
“Weh.. subtitle dia mewakili satu Malaysia!”
“Lirik muzik video mewakili setiap bangsa di Malaysia.”
“Rare subtitle video muzik Naim Daniel ni.”
“Love betul ada tiga jenis subtitle,” komen dari netizen.
Setakat artikel ini ditulis muzik video lagu Syaitan Pun Pening telah mencecah 34,000 tontonan di laman YouTube.
BERITA BERKAITAN: "Saya Nak Kahwin, Cuma Seru Belum Sampai" - Naim Daniel
BERITA BERKAITAN: Naim Daniel Mengaku Tinggalkan Kekasih, Kini Dalam Fasa 'Healing' - "Ya Betul, Saya Sendiri Ambil Keputusan Untuk Berpisah..."
BERITA BERKAITAN: Didakwa Sedang Sakit, Azwan Ali Tampil Beri Penjelasan - "Jangan Sebarangan Nak Kecam Orang"
BERITA BERKAITAN: “Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM
Must-Watch Video