Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rasa Berbaloi Berhentikan Anak Sekolah, Nabila Huda Melopong Keisha Kuasai Bahasa Mandarin

Maliah Surip
17/06/2021 12:45 MYT
Semalam aktres Nabila Huda ada memuat naik video bersama kapsyen yang mengatakan anak perempuan tunggalnya, Keisha Laila kini semakin menguasai penggunaan bahasa Mandarin.

Tindakannya itu mendapat pelbagai respons bukan sahaja dari netizen tetapi juga dalam kalangan rakan seperjuangan.

Ramai yang ikut berbangga melihat kebolehan Keisya belajar sekaligus menguasai bahasa Mandarin yang pada asalnya adalah sebuah battle yang dicipta Nabila buat anaknya untuk belajar bahasa asing.

Dalam kemas kini yang sama, Nabila memberitahu memberhentikan persekolahan anaknya. Jika mengikut sistem pendidikan sekolah kerajaan, Keisha yang berusia 11 tahun kini menuntut di darjah lima.

Namun sejak beberapa bulan lalu, Nabila dan suaminya mengambil keputusan untuk memberhentikan Keisha sekolah dan menukar sistem pendidikan kepada home schooling.

"Dulu saya pernah suarakan mengenai yuran yang perlu dibayar tapi belajar secara online atau tidak dapat pergi ke sekolah tak berbaloi untuk para ibu bapa.

"Jadi daripada kejap belajar kejap tak, saya ambil keputusan berhentikan Keisha sekolah.

"Tapi terus terang saya katakan, home schooling bukan first option saya, cuma dalam kaeadaan pandemik seperti ini, saya rasa inilah (berhenti) yang terbaik untuk Keisha buat masa ini," kata Nabila saat dihubungi Gempak.

Meski demikian, Nabila meminta agar masyarakat jangan cepat menjatuhkan hukum atau membuat spekulasi terhadap tindakannya memberhentikan Keisha dari alam persekolahan.

"Jangan bimbang, sebagai ibu bapa kami mahu yang terbaik terutama dalam segi pendidikan anak kami.

"Pemberhentian persekolahan Keisha ini hanya bersifat sementara. Maksudnya untuk sepanjang tempoh pandemik dengan kita pun tak tahu berapa lama negara akan mengalami fasa ini dan sistem persekolahan masih bergantung kepada PdPR misalnya, Keisha hanya home schooling dengan mengambil hanya beberapa subjek yang diajar oleh guru tuisyen.

"Namun apabila situasi menjadi pulih, misalnya waktu itu Keisha sudah darjah 6 ke, saya akan kembali mendaftarkannya ke sekolah dan mahu dia bersekolah seperti biasa," jelas Nabila.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


Menurut Nabila, dia sendiri mahu melihat Keisha ke sekolah dan bergaul dengan rakan rakan serta mempunyai aktiviti persekolahan yang menarik.

"Saya lagi suka Keisha ke sekolah, jumpa kawan, main dan belajar sama sama. Tapi buat masa sekarang, biarlah dia berhenti dahulu namun dalam masa yang sama mengambil pelajaran asas seperti bahasa Inggeris dan Matematik," katanya.

Bercakap mengenai kebolehan Keisha yang kini menguasai dan fasih berbahasa Mandarin, Nabila mengaku dirinya sangat teruja dan berbangga dengan perkembangan anaknya.

Hal ini kerana, pada awalnya dia hanya membuat cabaran dengan Keisha untuk mengikuti kelas bahasa Mandarin.

"Tapi saya yang tercicir, dia pula yang kuasai bahasa Mandarin dengan bagus. Saya happy dan bangga sebab sekurangnya di rumah dia juga masih belajar dan mampu menguasai kemahiran lain seperti ini," katanya penuh teruja.

Terdahulu dalam Instagramnya, Nabila meninggalkan coretan panjang mengenai pencapaian anak kesayangannya itu.

"Dalam pada tak pergi sekolah , ketinggalan banyak benda, tak dapat nak belajar dengan sempurna, keisha dah boleh cakap mandarin! I am so proud of you @lilkupukupu !

"Swipe left tengok result exam dia. Thank you @na.laoshi @fasihmandarin ..Mummy nak cry cry jap laaa. To mummy and daddy out there,try la bagi anak-anak korang belajar mandarin dengan dorang ni.

"Kalau tak dapat sekolah dengan sempurna, at least, boleh cakap Mandarin, jauh perjalanan hidup dorang nanti..boarder bukak kite nak pergi shopping di China pun senang bawa dia orang je settle!

Instagram: @kupukupu
#pelakon #Nabila Huda #sekolah #Mandarin #Berhenti #PdPR
;