Pernah tak rasa diri anda diperhatikan atau diekori? Terutama wanita, anda pasti rasa tidak selesa jika ada yang memandang seperti sesuatu yang mencurigakan.

Perbuatan menghendap nampak seperti suatu aktiviti yang berniat sekadar mengusik, namun kita sendiri tidak tahu niat sebenar mereka.

Mangsa aktiviti mengendap ini pada mulanya mungkin boleh mengabaikan tindakan pengganggu, namun apabila ia semakin serius atau melampaui batas sehingga mendatangkan kerisauan dan lebih buruk memberi ancaman kepada mangsa.

Jadi jika anda hadapi situasi begini, Gempak senaraikan 5 langkah berjaga-jaga yang mungkin anda boleh ambil:

#1 Elak berseorangan
Jika anda rasa curiga dan seperti diperhatikan, cuba untuk tidak berseorangan ke mana sahaja anda pergi terutama di tempat-tempat sungi seperti Lorong atau ke tempat parker kereta.

#2 Bawa Pepper Spray
Malang tidak berbau, untuk langkah berjaga-jaga sentiasa lah bawa penyembur lada atau pepper spray ke mana sahaja. Jika wanita lebih senang jika anda letakkan sahaja di dalam handbag atau gantungkan ia di kunci kereta. Ia mungkin boleh selamatkan and ajika ada yang mendekati atau cuba untuk melakukan perbuatan jahat terhadap diri anda.

#3 Tidak mendedahkan lokasi di IG Atau FB
Ini penting tidak kira apa jua sekalipun, cuba elak untuk berkongsi lokasi di mana anda berada terutama di dalam laman sosial seperti di Instagram atau Facebook. Ini lebih memudahkan penghendap untuk mengikuti di mana lokasi anda berada. Jika kamu hendak berkongsi juga lokasi tempat di dalam foto yang anda kongsikan lakukan ia selepas beberapa hari anda tinggalkan lokasi tersebut.

#4 Pasang CCTV
Jika anda rasa diperhatikan, lebih baik anda pasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti adakah penghendap mengikuti anda hingga ke rumah atau sebagainya. Ia lebih memudahkan anda untuk menyimpan bukti jika ia menjadi kes polis nanti.

#5 Buat laporan polis
Jika ia semakin serius dan anda mempunyai tanda diperhatikan serta bukti anda sedang diekori, lebih baik buat laporan polis untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Tonton Drama Pelindung Seorang Puteri yang turut mengisahkan seorang wanita yang sering diekori oleh penghendap misteri.

Ia mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.