Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Rasa Diri Ini Sangat Kecil” - Lepas 24 Tahun Baru Aedy Ashraf Dapat Trofi Pertama! Hormati Pekin Sebagai Senior

Mya Amri
12/10/2024 00:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf tidak tidak menyangka akhirnya berjaya merangkul anugerah Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung pada Jumaat.

Anugerah pertama selepas 24 tahun dalam dunia seni


Menurut Aedy, sepanjang 24 tahun berada dalam industri hiburan, itu merupakan anugerah pertamanya.

“Sebenarnya perasaan saya bercampur baur, saya tak pernah pegang anugerah selama 24 tahun dalam industri dan tiba-tiba dapat Pelakon Filem Popular.

“Saya gembira dan bersyukur kerana ada peminat yang menyokong dan mengundi saya. Barisan artis yang tercalon juga semuanya gempak seperti Pekin dan Bell Ngasri.


“Saya anggap ini adalah rezeki dan saya bersyukur sangat-sangat,” katanya.

Aedy berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media malam kemuncak ABPBH36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Jumaat.


Kagum & hormati Pekin Ibrahim


Dalam pada itu, Aedy juga berkata dia sangat mengangumi aktor Pekin Ibrahim dan berada sangat kerdil apabila dirinya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori tersebut.

“Bagi saya Pekin adalah senior saya dan saya sukakan lakonan dia. Saya juga sangat respek dan menghormatinya.

“Tiba-tiba saya bertanding dengan dia dan menang, saya rasa sangat kecil. Rasanya diantara finalis yang lain, saya yang paling kecil, saya hanya mahu ucapkan tahnia pada dia.


“Sejujurnya saya tidak pernah meletakkan anugerah sebagai penanda aras sebab saya suka berkerja, suka berlakon dan saya nak berlakon seikhlas yang mungkin.

“Saya mahu berada dalam indistri ini selama mana yang mungkin. Jadi saya anggap penganugerahan ini sebagai sesuatu yang tidak ternilai,” ujarnya.

Selain Aedy, turut tercalon bagi kategori Pelakon Filem Popular adalah Bell Ngasri, Pekin Ibrahim, Kamal Adli dan Syafiq Kyle.

Aedy juga turut tercalon dalam Aktor TV Popular namun tumpas kepada Hun Haqeem.

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Raih Trofi Anugerah Bintang Paling Popular 36, Terima Lebih 8 Juta Undian

ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Rupanya Orang Kelantan, Tak Sabar Nak Jadi Beja & Kecek Kelate

ARTIKEL BERKAITAN:Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Suka Karisma Dan Karakter Beliau” - Aedy Ashraf Teringin Berlakon Filem Biopik, Idam Watak Khairy Jamaluddin

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir

#Aedy Ashraf #Anugerah #ABPBH36
;