Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rasa Diri Lebih Dihargai Bila Mengenakan Hijab, Nora Danish Ucap Terima Kasih Yang Pernah Tegur Dahulu

Asyraf Roslan
04/10/2024 00:55 MYT

Pelakon, Nora Danish akui dirinya lebih dihargai sejak berhijrah ke arah yang lebih baik.

Menurut pelakon filem Polis Evo 3 itu, dia sangat berterima kasih dengan komen-komen yang diberikan kepadanya dahulu meskipun nadanya berbunyi seperti negatif.

“Sebenarnya saya rasa perubahan saya sekarang ini diatas komen-komen negatif yang dulu, walaupun negatif mereka mendoakan saya juga.

“Jadi saya rasa itu asbabnya juga saya berhijrah sekarang. Saya nak ucapakan terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa mendoakan kepada saya selama ini tidak kisah baik atau buruk.

"Dan Alhamdulillah dengan penghijarahan ini, saya rasa diri saya sangat dihargai, timbul juga persoalan kenapa tidak dari dulu tapi saya anggap ini semua ketentuan Allah, pada umur ini saya berhijrah,” ujarnya.

Pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif,42, juga berharap dengan penampilan baharunya ini dia dapat menarik lebih ramai peminat untuk sama-sama memakai hijab.

“Saya harap dengan penghijrahan dan penampilan saya ini, dapat membuka hati peminat-peminat diluar sana yang masih belum mengenakan tudung untuk sama-sama pakai.

“Saya pun baharu sahaja, nak cakap lebih-lebih pun tak boleh. Saya cuma harapkan doa daripada anda semua.

“Sekarang saya tak rasa susah sangat sebab saya sentiasa dikelilingi orang yang baik-baik,” tambahnya.

Terdahulu, Nora mula memakai hijab pada bulan Julai lalu, dan mengatakan bahawa imej baharu beliau itu diatas kehendak sendiri dan tiada paksaan dari sesiapa.

Aktres cantik itu juga meminta doa daripada semua agar dia dapat istiqamah dalam memakai hijab.
#pelakon #Nora Danish #Berhijrah #Pakai Tudung
;