Hiburan

"Rasa Janggal...Dialog Lintang Pukang" - Shakilla Khoriri Kongsi Perasaan Kembali Ke Set Penggambaran

gempak
Asraf Aided
24/06/2020
05:18 MYT
Sponsor Banner
"Rasa Janggal...Dialog Lintang Pukang" - Shakilla Khoriri Kongsi Perasaan Kembali Ke Set Penggambaran
Pelakon Shakilla Khoriri kini kembali menjalani sesi penggambaran drama selepas berehat seketika ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun menurut Shakilla, dia berasa kekok dan serba tak kena sekembalinya ke set penggambaran.
"Berapa lama break shooting bila masuk balik set serba serbi tak kena rasanya.
"Rasa janggal entah macam mana entah," tulisnya di Instagram.
Selain berasa kekok dan janggal, Shakilla juga mengatakan dia mempunyai masalah dari segi penguasaan dialog.
Walaubagaimanapun, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali ini menyifatkan perkara itu sebagai satu permulaan yang baik selepas tempoh rehat selama beberapa bulan.
"Dialog pun lintang pukang jadinya, tapi ini satu permulaan yang baik, syukur," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Shakilla meninggalkan respon positif, tidak kurang juga yang memuji kecantikan dan imejnya.
Beberapa hari lalu, Shakilla juga telah meluahkan kegembiraannya kerana kerajaan telah membenarkan pihak produksi dan pelakon di Malaysia untuk menjalani sesi penggambaran dengan mengamalkan SOP tertentu.
• Yeay finally pekerja industry hiburan dah dibenarkan kerja balik. Yeayy ... so happy. Excitednya nak shooting balik. Tapiii...... . Bila tengok kaki , tangan muka semua kering. Sedihnya rasa. Mungkin Sebab terlalu banyak buat kerja rumah atau kurang minum air. TAKPA ! Korang boleh try NEW VASELINE WHITENING GEL ni sebab lotion ni mampu untuk melembabkan kulit kering dan paling BEST bau dia wangi sampai tertinggal bau.. peeewwiiittt ?? . . Sis pakai Vaseline Whitening Gel Fresh and Radiant and I love it! Tekstur gel ni memang lightweight formula dan mengandungi 100% pure rice water! Jangan risau sebab lepas korang apply dekat skin, dia tak melekit bahkan kulit terasa halus mulus! So, cepat dapatkan dan TRY sendiri Vaseline Whitening Gel ni. Boleh beli dekat @WatsonsMY atau korang mesti tahu mana nak beli kan ? Korang boleh beli online je heheheheh.. Siapa dah try tag me okay ??? https://brand-my.shortlyst.com/vaseline/12802 . #VaselineMY #SkinStrong
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live