Hiburan
“Rasa Kekok Dan Bimbang” – Ahn Hyo Seop Komen Hubungan Dengan Lee Sung Kyung
Pelakon drama Korea popular, Romantic Dr Teacher Kim, Ahn Hyo Seop akui kekok sewaktu pertama kali bertemu dengan aktres Lee Sung Kyung.
Menurut Hyo Seop, perkara itu sangat membimbangkan dirinya memandangkan mereka adalah pasangan dalam drama tersebut.
“Sebenarnya hubungan kami agak kekok masa mula-mula bertemu. Keadaan itu membuatkan saya berasa agak kekok. Namun selepas kami mula melalui perjalanan dan perkembangan jalan cerita drama itu segalanya bertambah baik.
“Lee Sung Kyung merupakan seorang aktres yang mempunyai aura dan sentiasa bertenaga. Perkara itu sedikit sebanyak membantu saya apabila saya keletihan.
“Dia juga banyak menjaga saya dan sepanjang penggambaran begitu banyak perkara menyeronokkan yang berlaku,” ujarnya dalam satu temu bual baru-baru ini.
Bercakap mengenai wataknya sebagai Seo Woo Jin, Hyo Seop akui adakalanya kecewa dengan karakter berkenaan.
“Secara personal saya rasa jika mempunyai rakan seperti Woo Jin, kami pasti tidak akan menjadi rakan baik.
“Saya yang membawakan watak Woo Jin pun berasa kecewa dengan karakternya. Memang kita tahu mengenai trauma yang dihadapi, kita faham tetapi adakalanya perkara itu boleh mendatangkan kekecewaan,” katanya.
Sebelum ini Romantic Doctor, Teacher Kim 2 telah bersiaran secara eksklusif di ONE HD (saluran 393).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Must-Watch Video