Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Rasa Macam Ada Hantu Tengok Di…”- Shiha Zikir

Syafiqah Jalal
15/03/2022 09:52 MYT
Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir mengakui dirinya fobia terhadap air yang bertakung sehingga takut untuk masuk mandi di mana-mana kolam.

Ketakutan yang melampau terhadap air kolam atau laut sehingga Shiha, 34, memberitahu dia telah membayangkan pelbagai perkara buruk.

“Untuk yang minta video saya takut air, ini untuk anda (video). Jangan gelak! Rasa macam ada ikan jerung hendak makan saya. Selain itu rasa seperti ada hantu atau orang tengok (mengintai) di celahan lubang (pada tepi kolam),” katanya.

Pelantun lagu Aewo berkongsi perkara tersebut di satu hantaran Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik video menunjukkan dia ketakutan ketika masuk ke dalam sebuah kolam renang kerana dihantui perasaan fobia.

Dalam video itu kelihatan Shiha sangat takut ketika turun ke dalam sebuah kolam sambil berkali-kali menjerit memanggil ibunya.

Tambah Shiha lagi dia menjadi begitu kerana, sejak kecil dia memang sudah mempunyai rasa fobia pada air apabila pernah beberapa kali berdepan dengan detik cemas apabila hampir lemas.

“Saya memang fobia dengan air sejak daripada kecil. Rupa-rupanya macam-macam kejadian berlaku melibatkan air sejak mak mengandungkan saya lagi.

“Saya pernah hampir lemas dalam baldi sewaktu kecil. Pernah juga hampir lemas ketika di laut. Sehingga sekarang takut air,” katanya.

Sekadar info, fobia pada air atau aquaphobia merupakan sejenis ketakutan berlebihan oleh seseorang individu terhadap air.

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

#pelakon #Penyanyi #Hantu #Shiha Zikir #Fobia #Air
;