Penyanyi Iman Troye meluahkan rasa sebak apabila lagunya berjudul Teman dipilih sebagai lagu aktiviti bagi pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Menerusi laman sosial Instagram, Iman berkongsi sebuah video suasana pesakit COVID-19 yang sedang bersenam untuk tatapan umum.

“Ya Allah comelnya semua. Rasa macam Iman ada kat sana je bila semua menari sama sama dengan lagu Teman. Rasa macam nak join sekali la. Boleh tak macam tu? Haha. Hopefully everything is alright for them.

A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye)


“Jom sama-sama kita bantu frontliners berjuang demi melawan COVID-19 and thank you frontliners sebab sanggup mempertaruhkan nyawa masing-masing untuk menyelamatkan rakyat,” jelasnya menerusi ruangan kapsyen.

Malah, Iman turut mendoakan agar semua pesakit COVID-19 cepat sembuh dan sentiasa berfikirsn positif.

Menerusi perkongsian berdurasi 15 saat itu, para frontliners dan pesakit lelaki di MAEPS menari beramai-ramai berlatarbelakangkan lagu Teman sebagai aktiviti senaman mereka.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat aksi positif semua pesakit dan bersetuju lagu Teman yang berentak rancak itu amat sesuai digunakan untuk menaikkan semangat.

Yess, perfect song for PKP,” komen seorang wargamaya.

Best dapat orang yang sporting macam tu,” kata seorang wargamaya.

Cerianya semua. Semoga kamu diberi kesembuhan dan dapat pulang ke pangkuan keluarga tercinta,” doa seorang wargamaya.

Happynya diorang bila dengar lagu Iman,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 220,000 tontonan daripada pengikutnya.