Berita
“Rasa Macam Nak Putus Asa Je Ni…”- Aaron Aziz
Pelakon Datuk Aaron Aziz akui rasa seperti mahu putus asa selepas pelbagai masalah dihadapi.
Lebih-lebih lagi, menurut Aaron selepas ini dia tidak lagi berjumpa orang yang disayang.
Bagamana pun itu semua hanya luahan hati untuk wataknya sebagai Hamzah dalam drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga.
“Rasa macam nak putus asa je ni. Banyak masalah dalaman yang saya harus harungi.
“Orang yang saya sayang dah tak jumpa lagi dah selepas ini. Semoga Allah beri kekuatan pada diri ini,” katanya.
Aaron berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kapsyen entri tersebut, Aaron dalam bahagian tanda berpagarnya memberitahu hia hanyalah dialog dalam drama tersebut dan mintak peminatnya tidak berfikir yang bukan-bukan.
Bagaimanapun, entri tersebut telah disalah anggap oleh pengikutnya yang rata-rata percaya Aaron sedang menghadapi masalah.
“Allahu rabbi, semoga abang Aaron kuat lalui semuanya. Jangan berputus asa. Allah masih ada untuk segalanya.
“Tak elok bad mood pagi-pagi.
“Alaa jangan lah menangis,” antara komen dari pengikutnya.
Pun begitu Aaron segera membalas komen mereka dengan memberitahu ia hanyalah watak yang dibawa dalam drama tersebut.
Selain Aaron, Jalan Sesat Ke Syurga yang dibintangi oleh Elizad itu ditayangkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video