HIBURAN

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

Amri Hassan 05/06/2024 | 06:46 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.
Jelas Wawa, melakonkan watak wanita hamil ketika keadaan sebenarnya sedang sarat mengandung punyai cabaran tersendiri.
"Saya sebagai penampilan khas sahaja, masa itu mereka tak cukup pelakon. Pada awalnya, memang tak nak pun sebab sudah nak bersalin waktu itu dan takut juga.
"Beberapa hari lepas lakonan itu, saya bersalin. Sebab itu saya takut untuk ambil watak itu, ada aksi yang perlu tendang dan tampar tambah pula dengan keadaan hujan lagi.
"Babak itu saya dan Hayla (anak) menggigil dalam keadaan kesejukan sebab penggambaran dari jam 12 pagi sampai ke subuh.

Manusia bersifat kebinatangan

Menurutnya, filem itu mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ dengan diselitkan eleman fiksyen.
"Filem ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yang berbeza. Bandar dan watak yang diketengahkan juga bukan dari Malaysia, memandangkan cerita ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin dikenakan tapisan sekiranya ia berlatar di negara kita.
“Oleh itu, untuk memberikan kebebasan kreatif, kami mencipta satu negara yang berbeza sebagai latar belakang. Apa yang menarik mengenai novel dan cerita ini ialah ia agak unik dan mempunyai banyak unsur yang mendebarkan serta membangkitkan rasa teruja,” katanya.
Novel dijual pada harga RM33.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM35.90 (Sabah dan Sarawak).

PILIHAN PEMBACA: "Saya Tak Halalkan..." - Wawa Zainal

Filem Abnormal Buas bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 20 Jun itu, menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air antaranya Aeril Zafrel, Kodi Rasheed, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi.
Filem tersebut merupakan terbitan kedua Respected Netizen Sdn Bhd setelah Sabda Kekasih.
#pelakon #Viral #Filem #Bersalin #Novel #Hamil #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Buas