Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

"Rasa Macam Semalam..." - Elfira Loy Gembira Setahun Bergelar Ibu

Asraf Aided 08/09/2020 | 04:06 MYT
Pelakon Elfira Loy berkongsi rasa gembira kerana anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf bakal memasuki usia setahun bulan hadapan.
Elfira merasakan waktu dan perjalanannya mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu berlalu dengan begitu cepat.
"Percaya tak @muhamadrayyankhalafofficial dah setahun bulan depan? Sekejap je masa berlalu dah setahun jadi mak.
"Rasa macam semalam baru belajar nak sendawakan anak, sekarang ni dia gigit gigit kita je," kongsi Elfira di Instagram.
Sementara itu, Elfira turut mendedikasikan ucapan terima kasih buat anaknya itu.
"Terima kasih kerana membuatkan perjalanan saya sebagai ibu begitu mudah dan menarik.
"Tak sabar rasanya untuk menerokai lebih banyak perkara dengan awak, till Jannah also okay my Khalaf," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Elfira memuji kecomelan anaknya itu.
Tidak kurang juga beberapa rakan selebriti seperti Fazura, Hanis Zalikha dan Nora Danish.

Can you believe @muhamadrayyankhalafofficial is one next month ? sekejap je masa berlalu dah setahun dah jadi mak. Rasa macam semalam baru belajar nak burp kan anak , sekarang ni dia gigit gigit kita je ? . Thank you for making my journey as a mom begitu mudah & interesting . I can't wait to explore soooo many things with you. Till jannah also okay my Khalaf.

A post shared by @ elfiraloy on

Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.
Muhammad Ryan Khalaf dilahirkan pada 1 Oktober 2019.
#pelakon #Anak #Elfira Loy #Pelakon
;