Viral

"Rasa Nak Pengsan, Tangan Menggigil-Gigil Nyanyi Lagu Anta Permana" - Bob Yusof Dedah Kisah Ganti Siti

Amri Hassan
23/11/2019
05:18 MYT
Penyanyi gantian lagu Anta Permana untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik 34, Bob Yusof akui berdepan perasaan gemuruh untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan malam tadi.
Jelas Bob, selain tidak menyangka dipilih untuk menyanyikan lagu itu, dia gementar berdepan dengan pelbagai ekspektasi peminat dan orang ramai terhadap lagu nyanyian mustika hati negara itu.
"Besar tekanannya, sangat berat tetapi saya letak ke tepi seperti menyanyikan lagu saya sendiri.
"Saya sudah meminta keizinan daripada pencipta dan penyanyi asalnya sendiri tetapi saya tidak ketepikan rasa asal lagu itu.
"Dalam dua minggu ini saya sangat cuak untuk berdepan dengan orang ramai. Tak tentu arah nak buat, nak cari patah lagu itu bukan senang," katanya kepada Gempak.
Tambah Bob, dia dihubungi pihak pencipta lagu Anta Permana sejak tiga minggu lalu memaklumkan mereka memilihnya untuk mempersembahkan di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 34.
Malah, Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri menghubunginya untuk memberikan nasihat dan panduan untuk membawakan lagu itu.
"Sebelum naik pentas pun Siti ada mesej saya, minta saya bawakan dengan cara sendiri, enjoy dan selawat banyak-banyak.
"Tetapi saya akui saya ada tertinggal tempo sedikit pada satu bahagian lagu itu tetapi saya tutup balik.
"Tiada sesiapa sempurna tetpai saya sudah cuba terbaik, malah sejujurnya ketika sesi latihan ada lagi nyanyian saya yang lebih baik. Namun saya sudah cuba sehabis mampu," katanya.
Dedah Bob ketika berdiri di pentas, hatinya berdebar-debar hingga terpaksa memujuk diri untuk bertenang.
"Saya berdebar-debar, tetapi cuba tenangkan diri dengan selawat.
"Selepas membuat persembahan apabila di belakang pentas tangan saya tiba-tiba menggigil kuat. Rasa macam nak pengsan pun ada.
"Entah kenapa pula perasaan gemuruh itu susah nak kawal. Tetapi mujurlah saya sudah selesai membuat persembahan ketika itu," ujar Bob.
Kemunculan Bob malam tadi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 menjawab teka-teki selama ini siapakah penyanyi yang bakal menggantikan Siti untuk melantunkan lagu Anta Permana.
Namun, keputusan adakah lagu itu terpilih untuk ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 akan terjawab pada minggu hadapan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

gempak
05/07/2024
04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah yang tersendiri apabila ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.
Hiburan

Umai Mendonia! Bawa Nama Malaysia Ke WCOPA 2024 Di US Dengan Lagu Cindai, Netizen Terpegun - “Merdunya Suara, Flying High Macam Makcik Awak”

gempak
03/07/2024
07:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, telah mewakili Malaysia dalam kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.
Hiburan

“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

gempak
23/04/2024
07:55 MYT
Kalau ada rezeki, ada.
Hiburan

Dituduh Tak Ikhlas Kenang Derita Anak-Anak Gaza, Ini Respon Siti Nurhaliza!

gempak
27/03/2024
00:55 MYT
Dikatakan sengaja ‘menjual’ air mata untuk konten, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mendedahkan bahawa dirinya betul-betul terkesan melihat kesengsaraan kanak-kanak di Palestin. Menurut Siti, setiap emosi serta perkara yang disuarakan adalah ikhlas dari sudut hati dan enggan ambil pusing tentang kata-kata negatif yang dilem
Hiburan

“Bila Orang Puji Jangan Meninggi Diri, Selalu Rasa Ada Kekurangan” - Siti Titip Nasihat, Doakan Yang Terbaik Buat Umai

gempak
21/02/2024
08:55 MYT
All the best Umai.