Gara-gara drama bersiri adaptasi novelis terkenal Siti Rosmizah berjudul Jangan Menangis Cinta, netizen mula meluahkan rasa emosi di media sosial.

Mana tidaknya, perangai tiga watak antagonis iaitu Nek Tok, Dina dan mummy sahaja sudah cukup menguji kesabaran netizen.

Makin lama ditonton makin menyakitkan hati apabila melihat kelakuan mereka terhadapa Riya lakonan Amyra Rosli.

Berbagai kecaman diberikan kepada tiga watak tersebut namun apa yang lucunya disebabkan berada dalam bulan Ramadan, kata-kata makian yang diberi netizen juga sedikit lembut.

Netizen juga mengatakan untuk menonton Jangan Menangis Cinta di bulan puasa sangat-sangat menguji kesabaran mereka.


Bagaimanapun ini bermakna ketiga-tiga watak antagonis itu berjaya dilakonkan dengan baik sehingga membuatkan penonton beremosi, betul tak?

Tahniah kepada Jangan Menangis Cinta kerana pemilihan pelakon yang hebat dan kena dengan watak.

Apa pula yang bakal berlaku dalam episod seterusnya? Sama-sama kita nanti kan.

Saksikan Jangan Menangis Cinta di slot Megadrama, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Episod penuh 1 hingga 4 juga boleh distrim di portal Astro Gempak.