Hiburan
Rashidi Ishak Gembira Jadi ‘Penolong Ketua’, Lebih Mudah Bekerja Dengan Isteri - “Kalau Gaduh Pun Fasal…”
Pelakon Rashidi Ishak memberitahu dia tidak kisah jika isterinya, Wan Hasliza menjadi ketua dalam rumah tangga atau ketika berada di tempat kerja.
Tiada sikap dominan
Bagaimanapun, Rashidi berkata tidak wujud sikap dominan dalam rumah tangga mereka kerana masing-masing mempunyai persamaan yang sama terutamanya melibatkan urusan kerja.
ARTIKEL BERKAITAN: Rashidi Ishak Akhiri Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Penerbit Drama Wan Hasliza?
ARTIKEL BERKAITAN: Vanidah Imran Gembira Rashidi Ishak Pilih Wan Hasliza Sebagai Isteri - “Sebenarnya Saya Sudah Lama Tahu Mereka…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Harap Dia Nyanyi Seperti Kris Dayanti, Tapi Dalam Tone Yang Betul” - Rashidi Ishak Cadang Fazura Cari Guru Vokal, Nyanyian Boleh Diperbaiki
“Ikutkan dia (isteri) ketua dekat rumah dan di luar. Saya gembira jadi penolong ketua. Tak timbul isu siapa lebih dominan dalam rumah tangga kami. Umur kami pun sebaya, sama-sama dalam bidang hiburan.
“Isteri lebih kepada bahagian penerbitan, penulisan dan pengarahan manakala saya pula dalam bidang kreatif teknikal seperti lakonan.
"Kami sangat serasi untuk bergabung dan bekerjasama sekali… jadi tidak pernah bergaduh dalam hal kerja, kalau gaduh pun fasal makan,” kata Rashidi kepada Gempak.
Tiada masalah
Dalam pada itu, pelakon berusia 51 tahun ini juga tidak mempunyai masalah untuk berlakon dibawah arahan isteri dalam drama terbaharu Astro berjudul Ofis Politik.
Rashidi berkata, dia lebih senang bekerja dengan anggota keluarga sendiri tetapi masih mengekalkan sikap profesional sewaktu berada di set penggambaran.
"Bagi saya sangat senang bekerja dalam situasi seperti ini (keluarga) tetapi saya tidak tahu bagaimana dengan orang lain.
"Macam mana pun kami perlu kekalkan sikap profesional itu. Ada masa kita marah, ada masa kalau kita rasa tak betul kena luahkan juga.
"Kalau dengan orang yang bukan anggota keluarga kita senang nak tegur tapi dengan ahli keluarga sendiri ada cara untuk menegur," ujar lagi.
Untuk rekod, Rashidi dan Wan Hasliza mendirikan rumah tangga pada 2 Februari lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.
Pasangan ini mula berkenalan ketika terlibat dalam penggambaran drama Kampung People sekitar empat tahun lalu.