Hiburan

“Tak Harap Dia Nyanyi Seperti Kris Dayanti, Tapi Dalam Tone Yang Betul” - Rashidi Ishak Cadang Fazura Cari Guru Vokal, Nyanyian Boleh Diperbaiki

gempak
Mya Amri
06/11/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
“Tak Harap Dia Nyanyi Seperti Kris Dayanti, Tapi Dalam Tone Yang Betul” - Rashidi Ishak Cadang Fazura Cari Guru Vokal, Nyanyian Boleh Diperbaiki
Pelakon, Rashidi Ishak mencadangkan aktres, Nur Fazura mencari guru vokal bagi memperbaiki mutu nyanyiannya itu supaya menjadi lebih bagus.

Vokal boleh diperbaiki, cari guru vokal

Rashidi menyatakan pendapatnya itu menerusi hantaran di Threads pada pagi Rabu.
Menurut Rashidi, dia yakin sekiranya Fazura berlatih bersungguh-sungguh dan mendapat bimbingan yang betul, aktres itu mampu menyanyi dengan baik.
“Saya melihat nyanyian Fazura dalam rancangan terbaru di Jakarta. Pengurus perlu memberitahunya untuk mendapatkan khidmat jurulatih vokal.

“Dia tone deaf. Balada bukan mudah untuk dinyanyikan. Apatah lagi lenggok melayu. “Dia harus cepat mendapatkan khidmat jurulatih vokal. Nyanyian boleh dipelajari. Untuk mendapat nyanyian yang hebat memang memerlukan masa untuk berlatih.

“Tanyalah mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi 8 jam sehari atau sebagainya.
“Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang kepada dia,” tulisnya.

Betulkan asas nyanyian

Dalam pada itu, Rashidi berkata dia tidak mengharapkan nyanyian Fazura terus berubah menjadi baik sebaliknya memadai dengan memperbetulkan asas nyanyian terlebih dahulu.

“Dia menyanyi dekat Indonesia. Saya tidak mengharapkan dia menyanyi seperti Kris Dayanti tetapi hanya menyanyi dengan betul sudah memadai. Asas dalam nyanyian. menyanyi. This is about Malaysian pride man,” ulasnya.
Post by @rashidi_ishak
View on Threads

Boleh jadi semakin baik

Sementara itu, di ruangan komen ada netizen yang berkata pelakon cantik itu hanya menyanyi sekadar suka-suka namun Rashidi membalas kenyataan itu dengan baik.

“Betul lah tu, memang tahu. Tapi dia menyanyi dekat TV Indonesia dengan out of pitch. Harapnya dia akan bertambah baik, lagi banyak dia menyanyi dekat sana lagi bagus tapi kena seiring dengan nyanyian yang baik lah. We all be happy for her,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Nyanyian Dikritik Netizen, Abby Abadi Tampil ‘Back Up’ Fazura - “Korang Maki Dapat Apa? Istighfar Banyak-Banyak”

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil - “Umur 11,12 Tahun Saya Dah Boleh Tulis Lirik…”

ARTIKEL BERKAITAN:Sampaikan Lagu Bertahan Demi Cinta Secara Live, Netizen Terkedu - "Sedap Part Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Baru Sahaja Bercerai Sebulan Lalu, Tetapi Saya Tidak Menyesal” - Fazura

ARTIKEL BERKAITAN:Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

Terdahulu, Fazura membuat penampilan sulung pada Selasa selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.
Fazura muncul dalam sebuah program bual bicara di Indonesia mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi program itu, Fazura hadir bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024