Bagi pengguna aplikasi TikTok, segelintir pasti mengenali gerangan seorang gadis bernama Ratu Farah Diva yang sering memuat naik video ‘pick up lines’ atau tarian sempoinya sehingga mencuit hati penonton.

Menggunakan nama @ratufarahdiva di laman sosial tersebut, gadis berusia 27 tahun itu sering tampil dengan konten-konten yang ‘kreatif’.

Hari demi hari telatah Ratu semakin menjadi-jadi sehingga ada pengguna laman TikTok yang menggunakan audio suaranya untuk dijadikan parodi.

Malah nama Ratu semakin dikenali sehingga dipanggil untuk tampil dalam muzik video lagu terbaharu usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri iaitu Baby Sayang.

Untuk itu jom Gempak kongsikan kepada anda 10 fakta menarik tentang Ratu Farah Diva:

#1 Asal Nama Ratu

Nama Ratu diinspirasikan daripada perkataan ‘Queen’ yang membawa maksud permaisuri. Mengibaratkan dirinya sebagai permaisuri yang mempunyai sifat baik hati dan tidak sombong, malah percaya sifat seorang permasuri adalah sentiasa bersikap positif sama seperti dirinya.

#2 Impian Menjadi Pelakon

Dalam pada menghiburkan netizen dengan konten yang lucu, Ratu turut memasang impian menjadi seorang pelakon. Seawal usianya muda, Ratu mengimpikan untuk berlakon di bawah arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusoff.

Selain minat kepada figura bernama Syamsul, dia turut jatuh cinta dengan filem Bohsia dan KL Gangster yang diarahkan oleh pengarah berbakat besar itu.

#3 Watak Impian

Seandainya diberikan peluang untuk berlakon, Ratu bercadang untuk membawakan watak jenis antagonis iaitu watak seorang wanita jahat dan kejam. Malah dia turut mengidamkan watak jenis perempuan simpanan orang kaya.

#4 Pelakon Kegemaran

Apabila minatnya cenderung kearah lakonan, sudah pasti Ratu mempunyai senarai nama aktor dan aktress kegemaran.

Ratu telah menyenaraikan Datuk Rosyam Nor, Datuk Adi Putra, Syamsul Yusoff dan Sofi Jikan sebagai aktor lelaki yang dimantinya. Sementara itu, aktress wanita dia mengemari figura Ayda Jebat, Emma Maembong, Uqasha Senrose dan Sweet Qismina.

#5 Bakat Nyanyian

Selain berlakon, Ratu turut memiliki bakat nyanyian yang dipendam selama ini. Menurut Ratu, bakat nyanyiannya terpaksa diketepikan dahulu kerana fokusnya pada lakonan.

Malah menurutnya, dia perlu mengambil kelas vokal nyanyian bagi memastikan teknik dan cara penyampaian yang digunakan adalah betul. Ratu turut menjadikan penyanyi rock wanita negara, Ella sebagai idola dalam industri seni muzik.

#6 Teringin Masuk MeleTop

Tidak hanya memasang niat untuk berlakon dan bernyanyi, Ratu juga meluahkan keinginan untuk tampil dalam rancangan hiburan popular iaitu MeleTop yang bersiaran setiap Selasa di saluran Astro Ria, jam 9 malam.

#7 Fokus Sebagai Content Creator

Pada waktu sekarang, Ratu memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya sebagai pencipta konten (content creator) di platform media sosial terutamanya laman TikTok. Antara yang dilakukan Ratu adalah melakukan product review.

#8 Bekas Pekerja Kilang

Untuk yang tidak tahu, Ratu sebenarnya pernah bekerja sebagai pengurus kilang berdekatan kawasan rumahnya.

#9 Tamat Zaman Bujang

Sama seperti gadis lain, Ratu turut mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Ratu bercadang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan pada usianya yang ke 28.

Lelaki pilihan yang diidamkan Ratu mestilah seorang yang boleh menerima dia seadanya dan sentiasa menyokong minat Ratu. Memilki sifat romantis dan baik hati antara yang menjadi pilihan Ratu.

#10 Manusia Normal

Ratu bukanlah insan istimewa seperti yang dikatakan orang ramai, sebaliknya dia juga gadis biasa yang normal malah mempunyai kelebihan lain yang boleh menghiburkan orang ramai.