Laman Utama

Reaksi Selepas PM Umum Pengeluaran KWSP RM10,000 – “Alhamdulillah…Akhirnya Kerajaan Dengar Keluhan Rakyat…”

Fiza Kamarudin
16/03/2022
07:25 MYT
Orang ramai meluahkan rasa syukur sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Tinjauan Gempak di laman sosial mendapati rata-rata pencarum mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar keluhan rakyat.
Terdahulu, menerusi sidang media khas yang berlangsung hari ini, Ismail Sabri berkata, kebenaran itu diberikan selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.
Bagaimanapun, kata beliau, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Ismail Sabri berkata, ini merupakan keputusan sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Namun begitu, beliau menjelaskan, kerajaan sedia maklum pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dan mengekalkan simpanan mereka melainkan ia perlu sahaja.
"Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
"Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Berita

Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

gempak
24/06/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater 'Haji Murat' yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.
Berita

“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri

gempak
06/05/2024
05:25 MYT
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Berita

Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!

gempak
01/05/2024
07:55 MYT
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum
Laman Utama

Perdana Menteri Anwar Ibrahim Undang Ahmad Dhani Sambut Majlis Maulidur Rasul

gempak
28/09/2023
15:42 MYT
Ahmad Dhani bakal melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, esok.