Tiga bintang dari Asia, Henry Golding, Deepika Padukone dan Siwon Choi dilihat duduk bersama ketika Kejohanan Tenis Wimbledon 2019 di London pada Isnin.

Berkongsi dua foto di Instagram miliknya, Golding segak mengenakan persalinan sut rona kuning cair rekaan Ralph Lauren.

“Terima kasih @ralphlauren kerana memilih saya. Saya cukup teruja dalam persalinan ini,” tulisnya.

What... A... Final!! ?? Massive congratulations to Djokovic, insane tennis ?? Thankyou to @ralphlauren for having me, and making me squirm in my seat the entire time! #RLPurpleLabel #wimbledon2019

A post shared by Henry Golding (@henrygolding) on


Pada perlawanan yang menyaksikan Novak Djokovic menumpaskan Roger Federer itu, foto pelakon asal Malaysia, ahli kumpulan Super Junior dan aktres Bollywood itu tular di media sosial dan netizen menggelarkan mereka sebagai ‘the real Crazy Rich Asians’.

Malah, turut kelihatan anak kepada bekas pemain bola Manchester United, Brooklyn Beckham dan kekasihnya, Hana Cross turut sama menonton di barisan belakang Golding.

Tiket untuk meyaksikan kejohanan berprestij ini bermula dari £225 (RM1,200) hingga £2,667 (RM14,000).

Duke of Cambridge, Putera William dan isterinya, Duchess of Cambridge, Kate Middleton antara kerabat diraja yang hadir menyaksikan perlawanan itu.

Antara selebriti Hollywood yang hadir termasuk pelakon, Kate Beckinsale, Tom Hinddleston, Catherine Zeta-Jones, Kendall Jenner, Leona Lewis dan pereka fesyen terkemuka, Vera Wang.